"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

14 May 2017

Review Arkitek Jalanan

Aku berdiri atas katil tepi tingkap untuk dapat view menarik. Gigih bukan?
Bersawang dah blog ni since Februari lepas. So hari ni rasa macam dah bersihkan habuk sat. Kenapa aku pilih blog untuk review buku ni? Sebab dekat IG dan Twitter pun aku boh jugak hahaha tapi aku tahu takkan sepanjang yang bakal aku menaip kejap lagi. So bear with me please. 

Buku Arkitek Pelukis Jalanan ni adalah karya kedua sedara Teme Abdullah. Tipu kalau tak kenal. Tapi kalau tak kenal gak boleh usha ig beliau @itsteme. Karya pertama beliau Pelukis Arkitek Jalanan. *maaf kerana bermain dgn strikethrough ini seronok pulak* Aku ada je review buku pertama beliau di instagram @reviewbyshasya atau malas sangat hampa klik je SINI dan follow baca lah kalau rajin haha. Dan aku pun ada cerita betapa aku yang lemas dengan crowded boleh dapatkan buku ni masa pesta buku haritu dengan penuh ranjau. Penuh sangat weh orang rasa nak menangis terharu berjaya dapatkan buku ini tahu wuwuwuwu.

Aku mula membaca buku #ArkitekJalanan ni semalam. Sempena study week. Ada lima hari sebelum exam final aku yang pertama khamis ni. So plan asal nak baca dalam dua bab sehari. Dan kalau bosan hadap buku teks Heat and Mass Transfer tu, kot boleh lah sat jeling buku ni. Tapi nan hado. Hari ni aku dah habis baca buku. Siap tulis review bagai hadoi study tengah kelaut ke tu? Haha dak aih lepas baca tadi rasa motivate dah tapi lepas review kita sambung balik study naa. Bagi lah can sat.

Okay, brief ringkas mengenai buku ni. Bertemakan seperti diari mengisahkan perjalanan mencari ilmu specifically bidang architecture. Hello i budak engineering dah tahu apa itu 'dissertation' dan 'crit' tau haha. Mengandungi 22 bab yang seperti yang aku katakan, macam diari. Cuma beza dengan Pelukis Jalanan, tu cerita how Teme bangkit dr seorang budak susah dan terus gigih belajar architecture dalam keadaan tak dapat scholar pun. Oversea pulak tu! So buku kedua ni more to perjalanan Teme dan sahabat till jannahnya, Ahmad dalam menempuhi final year mereka sebelum bergelar graduan. Fuhh. Aku sangatlah adore dengan friendship dorang ni tau. Bila sorang jatuh, sorang akan cuba bangunkan kembali, cuba beri nasihat yang boleh membangkitkan. Takde istilah berjaya sorang-sorang. Padu! Bila baca, macam aku ada sekali di situ menyaksikan keakraban mereka. Lagi-lagi teme ada lukis pelan rumah mereka. Lagi senang untuk membayangkan segala perjalanan cerita. Dan aku adore gila bilik Ahmad besar weh! Dalam ni jugak dia ceritakan bermula keinginan teme untuk menulis buku pertama tu. Sebelum jd best seller, sebenarnya manuskrip dia dah pernah kena campak masuk tong sampah sbb teme dah give up. Tapi hey ada Ahmad sebagai penyelamat. Haha. Dan kenapa teme nak menulis juga diterangkan dalam buku kedua ni. Nak tahu kenapa? Baca lah sendiri takkan aku nak suap gak hahaha.

So now, aku nak share some points yang aku suka dalam buku ni sampai nak lipat dan tanda muka surat tapi aku sayang buku tu wei so tak jadi lipat hahahah. 



Ni petikan dari Bab 9: Tua. Maseni Teme mintak bantuan Allah untuk ada-kan baki dalam oyster card supaya dia dapat jemaah subuh di masjid. Tapi Allah tak jadi kan oyster card dia berbaki pun. Tahu apa Allah buat? Dia jadikan mesin kad dekat bas tu rosak jadi teme dapat pergi free. Nampak tak relate dengan ayat kat atas. Selama ni banyak je kan terjadi pada kita? Bila kita doa, Allah tak beri kita meradang kata Allah tak sayang padahal Allah baru nak beri jauh yang lebih baik untuk kita. Hampa jangan nak over sangat eh nak merajuk dgn Allah nanti Dia takmau sayang hampa yang susah! Yg kedua dalam bab ni, aku tertarik dengan cerita orang tua dan teme itu. Banyak nak describe jadi aku bg satu point je. Pasal sedekah. Kita tahu kan bila kita sedekah, rezeki kita makin mudah. Dan aku saksikan sendiri (aku kan ada dalam setiap cerita teme kahkah) bagaimana org tua itu sedekah the only dua keping syiling yg dia ada ke dalam tabung masjid dlm keadaan dia taknak orang nampak (unfortunately teme sedang skodeng) Tak sempat org tua itu keluar dr musolla, dia mendapat 20 pound, rezeki utk dirinya hari tu dan ya, dtgnya dr teme. Nampak tak rezeki Allah beri kalau jadi pemurah. Dan teme pulak bersedih krn melihat org tua itu sedekah semua duit yg dia ada walaupun 2 keping syiling je padahal teme derma 10 pound ke dlm tabung masjid dan masih mempunyai 20 pound dlm dompet. Ketahuilah, pada pg yg mulia itu, dua orang, teme dan orang tu telah pun menderma keseluruhan duit mereka walau jumlah berbeza. Padahal teme menangis kerana tak mampu jd org tua tu yang menderma keseluruhan duitnya. Ironi bukan?





Dan ini paling istimewa. Bab 16: Lupa. Boleh dikatakan aku paling suka baca ni sebab aku tak sedar air mata aku bergenang. Walaupun kita asyik melihat teme yg gembira (not literally tengok) tapi he's far from perfect as he's human too. Yg ada perasaan yang ada surut naik. Walaupun most of the time bila baca, banyak teme yang memberi nasihat pada Ahmad yg merasakan dirinya tak hebat melukis. Tp at this point, teme merasakan dia telah gagal teruk. Dan aku suka sangat baca mcm mana Ahmad marah teme tu. Ada lagi page before tu dia marah sbb teme tak yakin dgn diri dia. Masa baca je ayat 'nikmat Allah mana lagi yg kau nak dustakan' aku rasa bukan setakat teme je sentap, aku sekali sentap sama. Dia macam pap! ada benda tajam tertusuk di hati. Mcm buat kau rasa 'Ya Allah apa yang aku dah ratap selamani!' So personally ni bab paling aku suka baca walaupun penuh emosi dan tak bermaksud aku suka teme kena marah hahahahaha ehh.



Bab 18: Offer. Masa ni aku taktahu kenapa aku boleh meremanggggggg. Satu perasaan yg takleh describe haha over bukan? Rasa nak tepuk tangan je hahahaha sorry Orange, Tomato get the job! Apa yang Ahmad dan Teme aim utk mereka tertukar at the end sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka like Allah mentioned in AlBaqarah.




And the last one from Bab 21: Pulang. Haru lah chapter ni aku macam cool leklek je baca masa Ahmad kena balik ke tanah air. Biasalah, setiap pertemuan mesti ada perpisahan tp bila baca kat atas ni rasa sedih sangat. Sedih sampai aku keliru Ahmad tinggalkan teme atau tinggalkan aku ni? Huhuhu. Tp en if and only if Ahmad dpt kerja jugak kat London dan mereka stay bersama lagi mesti comel je kan? Boleh jadi couple of the year. Sbb dorang comel je bersama. Gurau kasar pun aku masih boleh gelakkan hahahaha.

Dan teme telah mengeluarkan kenyataan dirinya yang ada penyakit. Aku rasa kerja tu berani mati tak ke? Sebab teme mendedahkan kelemahan diri nya tp takpun pada teme. Dia berjaya kot atasi! Dan sebelum aku menutup entry aku, kemunculan watak Wani dan fake Ahmad tu betul ke? Sbb bertuahnya Wani! Dan geram nya dengan Ahmad yg fake tu haha!

Jadi, selepas habis baca apa yang aku tulis tak tergerak lagi ke hati nak baca buku ni? Boleh beli online, berurusanlah dengan iman publications. Dan if you're happen to be one of the uia gombak student, i'm willingly nak bagi pinjam (sbb mama kata perkara baik kita kena share) dgn dua syarat. Kena beratur dan kena cermat sbb aku sayang buku mcm nyawa sendiri woih! Kalau hampa jauh sangat, hampa pinjam lah kawan hampa punya. Apa? Taknak baca sbb aku dah point out isi-isi best? HAHAHAHA apa yg aku point out ni 10% pun tak sampai dek oi. Maka rugi lah kalian kerana tak tahu cerita pasal Morgan, Wani, pasal teme suka makan aiskrim. Haa banyak je lagi aku tak cerita. Kalau taknak rugi, baik baca!

So akhir sekali, setakat ni je review yang aku mampu taip. Mungkin tak seronok tapi eh kisah pulak aku? Ni review aku kot. Hahaha. Bagi aku sendiri, yes buku ni do motivate me. Walaupun cabang kami berbeza. Tapi sebenarnya depends pada pembaca sendiri on how they want to interpret and take it. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Pendek kata mungkin yang cool je suka buku ni because hey i'm cool liddat. Hahahaha maaf terover.

Btw, congratulations Ahmad and Teme for finishing your course with flying colours dan menjadi antara top 10 dissertations. Tahniah untuk segala mehnah yang korang dah berjaya lalui. Dan tahniah kena sudah pun bekerja selesai tamat belajar!

Buat yang membaca entry ni, mohon doakan final exams aku lulus cemerlang untuk terus melangkah ke final year insyaAllah. May Allah bless!

Ps: Buat Teme Abdullah andai terbaca nukilan ini, sesungguhnya aku amatlah jeles melihat instastory syauqi dapat surat dan bercopkan nama 'Teme Abdullah'. Jika Teme sejenis cepat koyak maka Shasya sejenis cepat jeles ahahaha. Kbye.

Salam Sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~