"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

25 May 2017

Gema Gegar Vaganza


Hi, back still in May. Ingat tahun depan baru nak update blog tadi. But i'm so overwhelmed and i need to write this post. Based on tajuk i think everyone boleh paham what am i going to say.

Yes, its my personal opinion about the tv shows yg more to concert in islamic concept. Allahu, serasa mcm nak memuji the one that come out with this idea. Of course the real ilham was from Allah kan. Tapi aku ni bila dah start duduk sekolah asrama, dan sekarang sambung degree pulak memang dah tak layan dah concert bagai ni. Last layan masa darjah enam dulu je lah time AF4. Kadang2 layan mentor. Tu pun yang awal. Kalau aku balik rumah, kadang kakak aku bukak tv, aku layan kan je lah. Tak minat pun. So apatah lagi concert mcm gegar vaganza or kilauan emas or anything lah. Jiwa aku tak ke arah itu dah. Dah tua kan kahkah. Tp kalau bab maharaja lawak aku nombor satu kahkah.

So aku tahu pasal Gema Gegar Vaganza ni pun dr ig ust fakhrul unic. UNIC babe, siapa tak kenal? Aku membesar dengan lagu2 nasyid which i called nasyid lejen. Zaman muzik video buat pakai baju sama, kopiah sama nyanyi dekat tepi jalan, dekat air terjun tu semua. Zaman sekolah time usrah bila dapat belajar lagu nasyid rasa bestnya! Bila jd badar, sendiri yg excited nak nyanyi lagu nasyid yg mana pulak dgn adik-adik. Hahaha. Boleh lah, dikatakan aku ni peminat nasyid.

Tapi, aku tak tengok live pun. Sbb mana nak ada astro kat mahallah ni haa. Tu lah aku ni agak tradisional sikit bab ni sampai lupa ni zaman internet. Guess what, AKU TAK TAHU ADA LIVE DEKAT WEBSITE ASTRO GEMPAK HAHAHAHA. Aku tahu masa dah final. So final tu the first concert yg aku tengok sebenarnya. Walaupun ni tengah musim exam. Dan besok aku ada paper dan aku masih mampu menaip sebab rasa teruja. Masa tengok final tu memang rasa best yg teramat sangat. Rasa teruja dgn semua peserta. Rasa rindunya nak dengar dorang menyanyi.  Masa unic menang tu, aku boleh jerit sorang2 dlm bilik ni kesian roommate terkejut sebab i'm so excited! Allahu, bazli is so strong dgn anak dia sakit dia, dia masih mampu perform. Kuat sangat dia. Tp aku perhati, personally, unic tiap2 minggu nampak semangat. Bkn try hard tp nampak mcm bersungguh dlm setiap benda. Tp memang semua pun bersungguh. Dan aku mmg minat semua cuma lebih sikit kat unic, hijjaz and mirwana eheheh.

Final tu ada unic as juara. Hijjaz naib johan. Ada mirwana, azmi caliph buskers, hafiz hamidun and saujana. Kadang aku terbayang, kalau raihan, rabbani, brothers, in team masuk mesti tak tahu nak singkir siapa setiap minggu SEBAB SEMUA BEST BEST! Lagu raihan lagi lah dr aku belum sekolah mmg family aku pasang lagu dia. Pengacara dia pun sempoi best, lawak. Ada Achey, Nana and Fikry. Achey mmg penceria no doubt. Gabungan nana sebagai bunga pun nampak serasi. And aku baru kenal fikry dr ggv ni dan terus follow ig dan rasa nak tengok dia dlm cerita Hero Seorang Cinderella. Dia lawak! Dan dia org utagha. Ingat tua sbb muka dah ayah-ayah sekali sebaya aku kahkah aduhai.

K back to ggv. Ni aku nak cerita apa yg aku dapat. Firstly, aku lebih kenal peserta itu sendiri. Yelah dulu minat mirwana since lagu aku tanpa cintaMu tu tp tak pernah kenal pun ahli-ahlinya. Kalini baru aku kenal sorang2 peserta. Lepas tu, concept dia semua aku suka. Mcm setiap habis semua persembahan, segmen ada rezeki ada lagi tu mmg favourite part. Sbb nak tahu lagu apa dorang akan perform next week, siapa yang akan menyambung lagi. Lepas tu bila tengok ggv ni, baru aku tahu banyak je lagu ketuhanan yg selama ni aku tak pernah sedar. Yelah selama ni bantai nyanyi tp bila dorang menyanyi, pastu dorang terangkan pulak lagu tu pasal apa memang rasa 'laaa yeke pasal tu ke' hahaha. 

Pastu setiap persembahan memang terbaik. Kadang2 boleh mengalirkan air mata bila terlalu immersed dlm persembahan tu. Rasa setiap persembahan aku tatau kenapa, mcm ada connection. Aku boleh rasa tenang, rasa insaf, rasa termotivated, bila lagu rancak aku rasa nak naik pentas sekali nasib takde kat situ phew hahaha. Semua perasaan mixed.  And aku paling suka dia 100% pakai markah dr juri oh well aku tak tahu knp dia tak buat undi. Tp aku personally mmg rasa undi tak adil. Bg aku kalau pakai uidi, dia bnyak based on peminat je. Lgpun aku pernah dgr pasal hukum main undi mcm tu tp aku tak further pun lah so aku tak tahu. Tinggal lg semi final aku tak tengok lg sbb besok exam wei! Tp based on lagu aku dah exited. Mirwana bawak lagu the climb kot! Hahah.

Buat masa ni yg paling aku suka ulang banyak kali lagu mirwana masa minggu kedua lagu Satu. Sedap sangat! Konsep dorang bg aku lah, perfect. Cool gila. Nyanyi sambil mata tertutup apa semua. Tp seriously, semua best. Kalau aku nak tulis apa yg aku suka mmg tak muat weh! Ntah besok pun tak habis taip haha! Walau ada je yg condemn pasal aurat wanita, ikhtilat apa semua. Tp bg aku, there's many positive vibes yg ggv tunjukkan kenapa nak fokus pada benda negatif? Bg aku sendiri, impak dia sangat besar. Dalam menyanyi, dorang sebenarnya berdakwah. Melalui persembahan. Yg mmg tak pernah lg dibuat dekat malaysia. It should be continue tau. Tp aku nak peserta yg sama je boleh tak? Taknak move on!

Tau tak lepas habis tengok concert dia, aku dapat rasa aku pulak yg berukhuwah dgn dorg! Hahahahah. Rasa sedih taknak nak move on tau. Kenape 7 minggu je NAK LAGI! Buat masa ni, aku keep repeating lah sbb tak bosan. Aku taip ni pun sbb aku rasa orang dah menyampah dekat ig story aku asyik pasal ggv. Haha nak buat cemana, rasa nk bgtahu satu dunia ggv ni memang best! Lepas aku menjerit haritu, roommate aku pun dah mula tengok okay! Haha at least boleh share thoughts dgn dia haha. Tp sebenarnya kan, program ni banyak membantu mengangkat lg industri nasyid. Kan? Bila dah kenal peserta, aku mula lah stalk ig depa satu2 lepastu bila tengok anak-anak depa semua dah besar weh. Dah sekolah rendah semuanya. Dah tua rupanya penasyid lejen kita ni.

So kalau nak tengok, boleh tengok kt youtube je. Astro Gempak ada upload semua konsert kecuali the first one je. So lastly, seikhlas hati aku pada siapa yg berkaitan. Terima kasih. Terima kasih dari aku kerana real-kan program mcm ni. The first one would be very special and takkan setanding the next one tp this program should be continue.

Akhir kata, selamat menyambut ramadhan tahun ini. Moga kita dapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Dan jangan lupa doakan exam final aku besok hahaha.

Peminat nasyid,

14 May 2017

Review Arkitek Jalanan

Aku berdiri atas katil tepi tingkap untuk dapat view menarik. Gigih bukan?
Bersawang dah blog ni since Februari lepas. So hari ni rasa macam dah bersihkan habuk sat. Kenapa aku pilih blog untuk review buku ni? Sebab dekat IG dan Twitter pun aku boh jugak hahaha tapi aku tahu takkan sepanjang yang bakal aku menaip kejap lagi. So bear with me please. 

Buku Arkitek Pelukis Jalanan ni adalah karya kedua sedara Teme Abdullah. Tipu kalau tak kenal. Tapi kalau tak kenal gak boleh usha ig beliau @itsteme. Karya pertama beliau Pelukis Arkitek Jalanan. *maaf kerana bermain dgn strikethrough ini seronok pulak* Aku ada je review buku pertama beliau di instagram @reviewbyshasya atau malas sangat hampa klik je SINI dan follow baca lah kalau rajin haha. Dan aku pun ada cerita betapa aku yang lemas dengan crowded boleh dapatkan buku ni masa pesta buku haritu dengan penuh ranjau. Penuh sangat weh orang rasa nak menangis terharu berjaya dapatkan buku ini tahu wuwuwuwu.

Aku mula membaca buku #ArkitekJalanan ni semalam. Sempena study week. Ada lima hari sebelum exam final aku yang pertama khamis ni. So plan asal nak baca dalam dua bab sehari. Dan kalau bosan hadap buku teks Heat and Mass Transfer tu, kot boleh lah sat jeling buku ni. Tapi nan hado. Hari ni aku dah habis baca buku. Siap tulis review bagai hadoi study tengah kelaut ke tu? Haha dak aih lepas baca tadi rasa motivate dah tapi lepas review kita sambung balik study naa. Bagi lah can sat.

Okay, brief ringkas mengenai buku ni. Bertemakan seperti diari mengisahkan perjalanan mencari ilmu specifically bidang architecture. Hello i budak engineering dah tahu apa itu 'dissertation' dan 'crit' tau haha. Mengandungi 22 bab yang seperti yang aku katakan, macam diari. Cuma beza dengan Pelukis Jalanan, tu cerita how Teme bangkit dr seorang budak susah dan terus gigih belajar architecture dalam keadaan tak dapat scholar pun. Oversea pulak tu! So buku kedua ni more to perjalanan Teme dan sahabat till jannahnya, Ahmad dalam menempuhi final year mereka sebelum bergelar graduan. Fuhh. Aku sangatlah adore dengan friendship dorang ni tau. Bila sorang jatuh, sorang akan cuba bangunkan kembali, cuba beri nasihat yang boleh membangkitkan. Takde istilah berjaya sorang-sorang. Padu! Bila baca, macam aku ada sekali di situ menyaksikan keakraban mereka. Lagi-lagi teme ada lukis pelan rumah mereka. Lagi senang untuk membayangkan segala perjalanan cerita. Dan aku adore gila bilik Ahmad besar weh! Dalam ni jugak dia ceritakan bermula keinginan teme untuk menulis buku pertama tu. Sebelum jd best seller, sebenarnya manuskrip dia dah pernah kena campak masuk tong sampah sbb teme dah give up. Tapi hey ada Ahmad sebagai penyelamat. Haha. Dan kenapa teme nak menulis juga diterangkan dalam buku kedua ni. Nak tahu kenapa? Baca lah sendiri takkan aku nak suap gak hahaha.

So now, aku nak share some points yang aku suka dalam buku ni sampai nak lipat dan tanda muka surat tapi aku sayang buku tu wei so tak jadi lipat hahahah. 



Ni petikan dari Bab 9: Tua. Maseni Teme mintak bantuan Allah untuk ada-kan baki dalam oyster card supaya dia dapat jemaah subuh di masjid. Tapi Allah tak jadi kan oyster card dia berbaki pun. Tahu apa Allah buat? Dia jadikan mesin kad dekat bas tu rosak jadi teme dapat pergi free. Nampak tak relate dengan ayat kat atas. Selama ni banyak je kan terjadi pada kita? Bila kita doa, Allah tak beri kita meradang kata Allah tak sayang padahal Allah baru nak beri jauh yang lebih baik untuk kita. Hampa jangan nak over sangat eh nak merajuk dgn Allah nanti Dia takmau sayang hampa yang susah! Yg kedua dalam bab ni, aku tertarik dengan cerita orang tua dan teme itu. Banyak nak describe jadi aku bg satu point je. Pasal sedekah. Kita tahu kan bila kita sedekah, rezeki kita makin mudah. Dan aku saksikan sendiri (aku kan ada dalam setiap cerita teme kahkah) bagaimana org tua itu sedekah the only dua keping syiling yg dia ada ke dalam tabung masjid dlm keadaan dia taknak orang nampak (unfortunately teme sedang skodeng) Tak sempat org tua itu keluar dr musolla, dia mendapat 20 pound, rezeki utk dirinya hari tu dan ya, dtgnya dr teme. Nampak tak rezeki Allah beri kalau jadi pemurah. Dan teme pulak bersedih krn melihat org tua itu sedekah semua duit yg dia ada walaupun 2 keping syiling je padahal teme derma 10 pound ke dlm tabung masjid dan masih mempunyai 20 pound dlm dompet. Ketahuilah, pada pg yg mulia itu, dua orang, teme dan orang tu telah pun menderma keseluruhan duit mereka walau jumlah berbeza. Padahal teme menangis kerana tak mampu jd org tua tu yang menderma keseluruhan duitnya. Ironi bukan?





Dan ini paling istimewa. Bab 16: Lupa. Boleh dikatakan aku paling suka baca ni sebab aku tak sedar air mata aku bergenang. Walaupun kita asyik melihat teme yg gembira (not literally tengok) tapi he's far from perfect as he's human too. Yg ada perasaan yang ada surut naik. Walaupun most of the time bila baca, banyak teme yang memberi nasihat pada Ahmad yg merasakan dirinya tak hebat melukis. Tp at this point, teme merasakan dia telah gagal teruk. Dan aku suka sangat baca mcm mana Ahmad marah teme tu. Ada lagi page before tu dia marah sbb teme tak yakin dgn diri dia. Masa baca je ayat 'nikmat Allah mana lagi yg kau nak dustakan' aku rasa bukan setakat teme je sentap, aku sekali sentap sama. Dia macam pap! ada benda tajam tertusuk di hati. Mcm buat kau rasa 'Ya Allah apa yang aku dah ratap selamani!' So personally ni bab paling aku suka baca walaupun penuh emosi dan tak bermaksud aku suka teme kena marah hahahahaha ehh.



Bab 18: Offer. Masa ni aku taktahu kenapa aku boleh meremanggggggg. Satu perasaan yg takleh describe haha over bukan? Rasa nak tepuk tangan je hahahaha sorry Orange, Tomato get the job! Apa yang Ahmad dan Teme aim utk mereka tertukar at the end sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka like Allah mentioned in AlBaqarah.




And the last one from Bab 21: Pulang. Haru lah chapter ni aku macam cool leklek je baca masa Ahmad kena balik ke tanah air. Biasalah, setiap pertemuan mesti ada perpisahan tp bila baca kat atas ni rasa sedih sangat. Sedih sampai aku keliru Ahmad tinggalkan teme atau tinggalkan aku ni? Huhuhu. Tp en if and only if Ahmad dpt kerja jugak kat London dan mereka stay bersama lagi mesti comel je kan? Boleh jadi couple of the year. Sbb dorang comel je bersama. Gurau kasar pun aku masih boleh gelakkan hahahaha.

Dan teme telah mengeluarkan kenyataan dirinya yang ada penyakit. Aku rasa kerja tu berani mati tak ke? Sebab teme mendedahkan kelemahan diri nya tp takpun pada teme. Dia berjaya kot atasi! Dan sebelum aku menutup entry aku, kemunculan watak Wani dan fake Ahmad tu betul ke? Sbb bertuahnya Wani! Dan geram nya dengan Ahmad yg fake tu haha!

Jadi, selepas habis baca apa yang aku tulis tak tergerak lagi ke hati nak baca buku ni? Boleh beli online, berurusanlah dengan iman publications. Dan if you're happen to be one of the uia gombak student, i'm willingly nak bagi pinjam (sbb mama kata perkara baik kita kena share) dgn dua syarat. Kena beratur dan kena cermat sbb aku sayang buku mcm nyawa sendiri woih! Kalau hampa jauh sangat, hampa pinjam lah kawan hampa punya. Apa? Taknak baca sbb aku dah point out isi-isi best? HAHAHAHA apa yg aku point out ni 10% pun tak sampai dek oi. Maka rugi lah kalian kerana tak tahu cerita pasal Morgan, Wani, pasal teme suka makan aiskrim. Haa banyak je lagi aku tak cerita. Kalau taknak rugi, baik baca!

So akhir sekali, setakat ni je review yang aku mampu taip. Mungkin tak seronok tapi eh kisah pulak aku? Ni review aku kot. Hahaha. Bagi aku sendiri, yes buku ni do motivate me. Walaupun cabang kami berbeza. Tapi sebenarnya depends pada pembaca sendiri on how they want to interpret and take it. Paham tak apa yang aku cuba sampaikan? Pendek kata mungkin yang cool je suka buku ni because hey i'm cool liddat. Hahahaha maaf terover.

Btw, congratulations Ahmad and Teme for finishing your course with flying colours dan menjadi antara top 10 dissertations. Tahniah untuk segala mehnah yang korang dah berjaya lalui. Dan tahniah kena sudah pun bekerja selesai tamat belajar!

Buat yang membaca entry ni, mohon doakan final exams aku lulus cemerlang untuk terus melangkah ke final year insyaAllah. May Allah bless!

Ps: Buat Teme Abdullah andai terbaca nukilan ini, sesungguhnya aku amatlah jeles melihat instastory syauqi dapat surat dan bercopkan nama 'Teme Abdullah'. Jika Teme sejenis cepat koyak maka Shasya sejenis cepat jeles ahahaha. Kbye.

Salam Sayang,