"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

23 April 2016

Day 114 of 366: Motor

Assalamualaikum hi.

Since sekarang dah masuk fasa2 busy maka jarang lah ai nak menulis. Tapi aku nak curi masa jugak.

Today aku first time bawak moto keluar uia. Bg org lain hek eleh kan. Bg aku ni woahhh okay. Sbb pertama aku amek lesen moto habis spm dulu utk belajar moto. Org lain amek lesen nk legal je. Sbb aku mana pernah reti bwk moto tp nak gak lesen moto. So mmg belajar dr bertatih lah. Eh idak lah aku naik moto sambil bertatih. Haha Alhamdulillah lepas jpj test. Since then manade bawak moto. Kiranya aku bawak moto kt litar je kot.

Tp since beli moto ni, kena lah belajar blek. Belajar bawak kt miri. Jalan2 rumah je. Tak berani ke jalan besar pun. Sbb mmg nk bawak dlm uia je. Tp disebabkan gara2 nk duplicate kunci punya pasal aku pun beranikan diri gak ke giant batu caves. Hekeleh kecoh kan? Yelah sbb aku tak pro. Paham? So diam.

Tp culture shock gak ah. Awal2 tu dh jatuh dah dekat traffic light. Sbb laju sgt and brek kiri aku tk mkn sgt. Nk pakai brek kanan terus gelabah. Maka aku pun jatuhkan diri *ayat cover* Just luka sikit kt tapak tangan. And kepala aku sakit. Sbb terhentak. Sib baik ada helmet. Tp paling sakit adalah tanggung malu. Kahkah. Jatuh traffic light awal sgt. Nasib baik moto okay. Pastu teruskan jalan gak. Tp serammm okeh jalan diaaaaaaa. Taubat takmo dah. Haha.

Lepas tu mlm td pulak punya cerita. Aku jatuh dekat gate limah pulak. Mcm biasa lah. Jatuh gitu je weh. Langgar angin. Kali ni lebam makin banyak. Tangan kiri lak luka. Dan aku semakin malu. Haha. Jalan pun hincut ni haa. Nasib baik td ramai yg tolong aku angkat moto. Yelah kaki kanan kena hempap nk gerak apa pun takleh. Nasib baik moto boleh start dan aku sampai siah dgn selamat Alhamdulillah.

Dah sampai sakit2 tu baru nangis. Bkn sebab sakit. K tipu ada lah sikit sbb sakit. Sakit kot weh sumpahhhhhhh 😭 tp aku nanges more to rasa kecewa yg entah knp kahkah. Boo shasya.

Skrg ni pun aku tawar lak nk bawak moto. Ke makin semangat entah aku pun tak pasti aku yg mana satu hahahahaha. Kbai nak tdo.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~