"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

29 April 2016

Day 120 of 366: Bodohnya Cinta

Assalamualaikum heyp.

Cannot choose either 'Cinta' or 'Bodoh' so terpaksa gabung maka hilang hipster post kali ni ceyt kahkah. Sbb aku nak bercakap pasal cinta yg bodoh.

Cinta ni general. Dan suci jugak. Cinta ni jugak bkn hanya pada manusia jantina berbeza. Cinta ni perasaan kasih pd seseorg. Or sesuatu. Or apa2 je lah. Hahaha. Cinta paling agung pd siapaaaa? Haaa soalan lame. Sape tak tau jawab hang lame! Pabila shasya bercakap pasal cinta engko. Gittuw.

As i known myself, i am very observer punya org. Tak lah gegila semua org aku tenung. Aku tenung org tanpa disedari. Maksudnya takkan aku nak tenung org yg tgh tenung aku kau gila hapa kang ada dr mata turun ke hati susah mak noks! So once i seat, if org tu tgh buat kerja baru aku observe. Selalu nya bakat observe ni ada pd makcik2 naik lrt. Serius dowh. Aku yg awkward bila makcik tu pandang aku tak cover. Hahahahahaha.

Aku selalu gak tgk kisah pasangan org. Dan baca kisah2 pasangan. Sama ada halal *kahwin* mahupun non halal *engko ghase?* *tak aku tak bash*. Entah aku ni sgt addicted dgn relationship ke dowh? Hahahahaha. Apeseh.

Lepastu kan aku selalu baca pasal masalah2 jugak. Bila aku baca mesti aku rasa cinta ni bodoh *jap leklu jgn bash*. Pernah dgr cinta tu buta kan? Manusia mmg kdg2 jd buta sbb cinta. Dan manusia yg buta ni lah aku golongkan dlm golongan bodoh. Aku tak hina org sgt. Sbb aku pun pernah jd bodoh dulu. Dan aku bkn nak riak skrg tp manatau nanti suatu masa aku pulak yg jd bodoh? Hidup kan kdg naik kdg turun.

Nak tau buta cemana? Bila sbb cintakan seseorg dia dah tak kenal mana salah mana betul. Aku malas nak cerita pasangan yg mungkar bebas dgn maksiat walau hubungan tak halal. Tu bodoh tahap hmmm jap cari ayat lembut. Eh tak, sbb dia tak dpt hidayah. Eh kisah apa aku, dorg yg ikut nafsu tu bodoh. K sorry kasar.

Ni lately aku selalu dgr kisah org bodoh sbb cinta. Pasal sanggup ponteng kelas sbb nak teman awek pegi memana. Pegu klinik ke ape. Weh bro, awek kau dulu lek je boleh hidup sorg dan dan ada kau semua nak berteman. Berdikari lah sikit hidup tu woi! Aku pergi klinik sorg2 dgn kaki kiri lebam bengkak terseliuh, hidup je tau tak berteman! Siap dpt mc lagik! Hmm takdak kaitan. Then bg aku org yg sanggup ponteng kelas sbb cinta ni bodoh. Weh bro, kau yakin ke awek tu bini kau? Mak kau bangga kau masuk u alih2 kau ponteng sbb nak teman awek. Hekk kau. Weh sis, lelaki centu nak kau jdkan suami. Serius ah? Budak yg suka ponteng kelas? Ke kau bangga ada org sanggup ponteng kelas sbb kau? Get a life weh. Get a life! Jgn pathetic sgt.

Lagi satu aku pantang org laki yg suka ngabiskan duit ppuan ni. Tak kawen pun suka kaut duit org. Kalau dh kawen cane kau nak sara bini kau? Pinjam duit bini sara bini? Gitu? Haih. Tapi aku taklah nak ckp asyik laki je keluarkan duit utk ppuan. Tu pun ppuan melampau gak tu. Bg aku masing2 pandai pkey. Pandai2 lah ppuan nk bg duit cemana. Takkan laki tak belanja sikit, terua kau cop tak gentleman. Tp serius oh laki gentleman sgt susah nk cari. Even kt uia pun. No ni bukan isu duit pun tau. Hahah saje nyampuk sat.

Dan bg pasangan sama ada kawen atau tak, aku sgt pantang lelaki panas baran sampai angkat tangan kt ppuan. Dan pasangan yg cemburu buta. Yg dera2 ni kalau belum kawen dah tunjuk baik takyah kawen lah. Buat sengsara hidup je weh! Kalau dah kawen tu pandai lah carik jalan. Kdg ada je biarkan. Sbb cinta. Kerana terpaksa aku relakan katanya. Tu lah salah satu cinta yg bodoh. Haih cinta ni mmg senang buat org jd bodoh kan? Yg cemburu pun satu hal. Nk buat pape pun tak leh. Rasa terkongkong. Ni sebab kurang kepercayaan dekat pasangan memasing lah ni. Heh. Ni takleh buat apa. Kau pi kaunseling dia. Atau kau pi tinggalkan dia.

Aku tak bash lelaki je. Ppuan pun sama je. Aku bkn lah sgt support wanita sampai apa yg ppuan buat tu betul. Aku cuma berada di pihak mana yg aku rasa betul. Kdg bila aku baca kisah laki baik yg kena aniaya dgn ppuan, aku mampu kata "ppuan baik masih ada bro* sambil tepuk bahu sendiri. Kahkah gurau.

See banyaj je sbb cinta, manusia boleh bodoh. Aku pernah terfikir knp org boleh bodoh eh. Takkan takde common sense kan?

dan aku dpt jawapan. Cinta dia pada Allah tak cukup kukuh. Sbb tu cinta dia pd manusia boleh membodohkan diri sendiri. Kan ke tak? cer byg kan tetiba Allah tarik nyawa pasangan korg, agak2 reda ke salahkan Allah? Jawapan tu terletak pd diri anda sendiri. Pada tahap mana cinta anda pada Allah? Jawab silently.

Aku dulu pernah doa tau jgn bg aku bercinta selagi cinta aku pada Allah tak kuat. Mungkin sbb tu aku masih single. Sbb cinta aku masih di level tak memberangsangkan. Kdg ada je rasa jeles takde org nak huhu hihi haha hiks bagai tp try tepis sbb kdg2 tu syaitan tgh apikan perasaan kita. Stay kuat okei.

Cerita selingan: tau tak benda bodoh apa aku dpt masa couple f2 dulu. Bila mlm2 tdo lewat nk msg2. Hei shasya, kau suka tdo kot asal kau sia2kan waktu tdo kau dowh. Pastu gaduh nangis2 lewat malam. Padahal masa solat, bila je aku muhasabah diri dan menangis pd Dia?Sbb cinta? Yes i am stupid once because of a thing call love.

So jgn biar diri awak diperbodohkan sbb cinta. Cinta tu sesuatu anugerah yg suci Allah kurniakan. Jgn rosakkan cinta tu kei. Janji? Nah tujuh cinta sbb kita suka no tujuh kbai. ♥♥♥♥♥♥♥

23 April 2016

Day 114 of 366: Motor

Assalamualaikum hi.

Since sekarang dah masuk fasa2 busy maka jarang lah ai nak menulis. Tapi aku nak curi masa jugak.

Today aku first time bawak moto keluar uia. Bg org lain hek eleh kan. Bg aku ni woahhh okay. Sbb pertama aku amek lesen moto habis spm dulu utk belajar moto. Org lain amek lesen nk legal je. Sbb aku mana pernah reti bwk moto tp nak gak lesen moto. So mmg belajar dr bertatih lah. Eh idak lah aku naik moto sambil bertatih. Haha Alhamdulillah lepas jpj test. Since then manade bawak moto. Kiranya aku bawak moto kt litar je kot.

Tp since beli moto ni, kena lah belajar blek. Belajar bawak kt miri. Jalan2 rumah je. Tak berani ke jalan besar pun. Sbb mmg nk bawak dlm uia je. Tp disebabkan gara2 nk duplicate kunci punya pasal aku pun beranikan diri gak ke giant batu caves. Hekeleh kecoh kan? Yelah sbb aku tak pro. Paham? So diam.

Tp culture shock gak ah. Awal2 tu dh jatuh dah dekat traffic light. Sbb laju sgt and brek kiri aku tk mkn sgt. Nk pakai brek kanan terus gelabah. Maka aku pun jatuhkan diri *ayat cover* Just luka sikit kt tapak tangan. And kepala aku sakit. Sbb terhentak. Sib baik ada helmet. Tp paling sakit adalah tanggung malu. Kahkah. Jatuh traffic light awal sgt. Nasib baik moto okay. Pastu teruskan jalan gak. Tp serammm okeh jalan diaaaaaaa. Taubat takmo dah. Haha.

Lepas tu mlm td pulak punya cerita. Aku jatuh dekat gate limah pulak. Mcm biasa lah. Jatuh gitu je weh. Langgar angin. Kali ni lebam makin banyak. Tangan kiri lak luka. Dan aku semakin malu. Haha. Jalan pun hincut ni haa. Nasib baik td ramai yg tolong aku angkat moto. Yelah kaki kanan kena hempap nk gerak apa pun takleh. Nasib baik moto boleh start dan aku sampai siah dgn selamat Alhamdulillah.

Dah sampai sakit2 tu baru nangis. Bkn sebab sakit. K tipu ada lah sikit sbb sakit. Sakit kot weh sumpahhhhhhh 😭 tp aku nanges more to rasa kecewa yg entah knp kahkah. Boo shasya.

Skrg ni pun aku tawar lak nk bawak moto. Ke makin semangat entah aku pun tak pasti aku yg mana satu hahahahaha. Kbai nak tdo.

15 April 2016

Day 105 of 366: Pilihan


Hey heyya. Esok ai ada exam fluid. Last midterm phew phew. Paslu lagi sebulan final sem dah. Apeniiiii takde life man.

Okay pilihan di sini ada lah mengenai short sem. Aku buntu nak ambik atau tidak. Subject ada tiga. Tapi masih tatau nk ambik ke tak. Banyak pro and cons. And aku masih tatau nak pilih mana. Short sem atau cuti 3 bulan? Aku jenis yg tukar kejap2. Kejap2 rasa nak, besok dah taknak. Sampai org kata aku keling. Tp seriously, aku mmg buntu nak amek mana satu. Dan kebuntuan nak memilih ni, boleh buat aku jd stress. Betul tak tipu. Pilihan dlm hidup aku adalah sesuatu yg tak boleh dipandang ringan. So complicated in me. So baik aku list kan kelebihan dan kekurangan dedua.

If aku amek short sem, aku boleh ringankan subjek2 aku next sem sampai aku graduate. In case tetiba kena repeat subjek ke apa, aku dah ada back up place utk subject repeated. Future gila kan? kehkeh. Lepas tu boleh bukak puasa kat melaka ngan bebudak trip. Boleh shopping raya kt jalan tar. Bhahahah. Dan aku suka suasana short sem sbb kosong kan. Moto pun tayah tinggal lama sgt kt mahallah. Haa banyak tak?

Kekurangan nya pulak, banyak duit nak pakai utk beli tiket flight. Dgn cuti raya lagi. Akan ada 6 kali flight ulang alik balik kuching. Haaa, banyak kannn *nanges*. Kalau return flight dlm rm200 plus2, 3 return flight mau 700 wuaaaaa. Dua kali ganda dr yuran short sem tau T.T. So disebabkan tu, if aku amek short sem, kemungkinan sebesar2 alam after habis short sem, aku takkan balik kuching. Stay je melaka. Takpun uia blerghhhhhhhhh. Tu je lah keburukan dia.

If cuti 3 bulan pulak, aku dpt spent masa dekat rumah. Hmm. Jadi bibik je lah kot. Aku kan pemalas nak kerja kahkah. Tu yg aku buat keputusan utk belajar short sem tu. Lepas tu dlm cuti 3 bulan, aku boleh jd makin berkembang dgn bijaknya ataupun makin mengecut. Tapi mama masak sedap ottuke? Hahaha. Lepas tu kwn aku yg tak bg aku amek short sem ckp, nanti dah kerja lg susah nak balik rumah. So masa cuti ni lah kena spent masa bebanyak kt rumah. Camtu lah katanya. Aku? masih dipersimpangan delima.

Keburukan cuti 3 bulan? Takde kahkahkah. Best kot lepak rumah hahaha. Cuma kwn tak ramai lah sana. hmm.

If aku tak ambik pun, jadual aku cun je dah susun. Cuma if suddenly ada repeated subject, meraung gak ah. Mintak2 dijauhkann.

So after tulis ni, aku more kpd short sem. Tp mama suruh istikharah dulu. Biar Allah decidekan okay? K nak belajar bai.

Salam sayang,

08 April 2016

Day 99 of 366: Masa

Assalamualaikum.

Hai. Semalam aku stress terox. Teruks gak ah sbb aku boleh menangis sengsorg huhuhu sedih noks.

Bermula dgn stress nak exam besoknya tp aku satu hapak tak start membaca lagi. Dgn kuiz nya lagi. So aku buntu. Tahap tatau nk baca apa. Kalau baca pun, satu habuk tak masuk kot. Frust sgt sampai aku duduk hadap laptop dan menangis. Sbb tu je aku mampu buat. Berhuhuhu je lah.

Sampai lah aku decide utk mengadu dan consult dgn org. Then aku dpt semangat balik utk study. Dlm 11 lebih baru aku start. Mmg lah lambat. Tp yakin je lah aku mampu kan? Selit sekali doa agar Allah permudahkan.

Tu satu hal. Tu catalyst buat aku stress. Punca dia masa. Sbb aku serabut aku takde masa. Yg lagi aku geram malam before that aku takde kerja tau. But still aku pergi melagha tau2 dah pukul 1 lebih dan aku pi tdo dgn senang hatinya. Lepastu berhuhu je lah malam kendian nya. Sape suruh buat perangai mcm tu.

Sampai satu tahap aku muhasabah blek. Seriously aku rasa masa aku skrg tak berkat. Aku mmg percaya masa tu Allah yg beri. Mmg semorg dpt 24 jam. Masalahnya apa beza berkat tak berkat? Mcm aku masa tak berkat ni bila aku asyik melagha je tak buat kerja. Semua benda tak jalan. Tau2 je masa satu hari tu dah habis. Nak belajar pun tal masuk pape. Pastu dh set nk buat bila, pun akan jd postpone gak. Tu lah nama dia tak berkat. Masa berkat bila kau buat semua benda smooth je. Belajar pun sng. Sbb apa? Sbb Allah tolong.

Allahu. Mlm semalam buat aku sedar sgt. Aku terfikir asal masa aku tak berkat ni. Dan aki jumpa satu jawapan. Sbb masa aku utk Allah sgt berkurang skrg. Berbanding aku yg dahulu. Skrg nk solat pun lambat. Lepas tu kdg2 berkejar meeting pukul 8.30 isyak lambat satu hal. Eh banyak lah. Sampai kdg dlm sehari, tak baca quran sbb busy dgn hal dunia. Mcm apa je. Kalau sempat pun baca satu surah. Takde dah mcm dulu. Dulu sepanjang maghrib ke isyak dok je baca. Seminggu boleh habis berjuzuk. Ni skrg ni? 😢😢😢 Mesti Allah marah sgt kt aku sampai hantar ujian mcm malam td en.

Maaf Allah. Aku cuba perbaiki balik masa aku dgn Tuhan. Ingat, nak masa banyak, banyakkan masa dgn Tuhan. sama lah mcm memberi. Nak rezeki lebih, banyakkan memberi. Semoga Allah lindungi kita semuanya.

03 April 2016

Day 95 of 366: Vietnam Epilog


Haiiiii. Ye besok aku ada mentoring awal pagi *pukul 9 tu pagi sgt tau* dan aku masih gigih menaip. Besok liat bangun bagus shasya bagus.

Ni saje nak share. Acah panduan ke vietnam. Ceh acahnyaaaa. Okay buat first timer ke Vietnam nanti. Ni ada sedikit panduan. Ceh lagi dekat diri sendiri.

First, dalam memilih hotel. Oh ni kalau turun ke Ho Chi Minh tau. Kalau Hanoi pi main jauh2 tunggu aku hanimun nanti *muntah*. Pilih lah hotel area lorong Hajar Basiroh or area belakang ben thanh tu. Situ aku confirm ramai org melayu. Org malaysia lah. Nak tau klu dia hotel apa, carik hotel yg nama org putih. Tp ni assumption aku lah. Sbb hotel aku jauh sikit dan nama vietnam gila dan takde org malaysia pun tinggal sana. I mean nak sampai ke Lorong Hajah Basiroh tu jauh. Kena lintas jalan raya besar yg takde line yg kau akan rasa cuak setiap kali nak lintas! Selain tu, Carik hotel dekat sikit ngan Ben Thanh. Senang lah nanti kalau nak habiskan duit yedak? Takyah nak upah teksi bagai. Jalan je. Boleh kurussssss hmmmmmm. Bak kata mama, hotel kt sana murah and cantik2.

Second, bab tukar duit. Duit sana pakai dong. Tapi kalau beli brg kan pasar malam ke, ben thanh ke pakai ringgit je boleh. Even penjual pun promote harga ringgit erbanding dong. Tapi jangan tak tukar langsung. Sbb kedai makan, teksi apa semua kena bayar dalam dong. Lepas tu sini main tips. Ceh betul. Org hotel angkatkan bag jgn lupa bg tips. Mcm naik teksi balik ke airport kan dah bayar kt hotel. Pastu masa sampai aku pun sopan bak perempuan melayu terakhir cakap "thank youuu" dan pemandu teksi cakap "no, u tips me". Ceh tak cukup ikhlas thank you aku, duit yg kau mintak eh. Haha bagi jelah dah dia mintak kan. Kang tak bagi label memacam lak.

Tempat makan halal nak carik kt Lorong Halah Basiroh tu beribu! k tipu je. Banyak ah gak. Maksudnya takyah risau pasal makan. Aku suggest try restaurant Hjh Basiroh dgn Daun. Makanan dia sedap dan harga standard lah. Kalau nak murah, aku makan kat Halal Amin. Tu murah sikit. Tp makanan sana mmg mahal. Paling murah sepinggan nasi 70 000 tu pun kat halal amin mkn nasi goreng. dlm rm12 sepinggan. Paling mahal ktorg makan bertiga dekat Daun. Almost 500 000 dong. OMG aku baru translate rupanya dekat nak seratuih HAHA mahalnyaaaa. Sib bek sedap. Aku tak suggest kedai melayu je lah tapi kalau kau rindu nk makan melayu boleh jeeee tak halang punnnnnn.

Pastu kan kat sana kau jangan pelik. Aku syak kenderaan dorg mmg moto paling utama. Banyak weh moto derang. Pastu pesen dorg bwk moto, pakai penutup hidung, pakai glove pastu sorok rambut dlm hood sweater. Apa function dia tak sempat nak tanya lak. Pastu jgn terkejut lah bawak moto sambil bawak pintu *ye ini serius aku nampak*, bawak paip lah. Siap masa mama tempah katil tambahan, org yg hantar tu masih pakai helmet aku syak katil tu dia bawak naik moto gak ouh HAHAH.

Jalan kat sana always busy. kau takley bawak lelaju kat sana tau. Dan tangan ready kt hon, kaki ready kt brek. sbb kau takkan perasan tetiba kang ada kereta zup zap lalu je depan kau. Lampu isyarat ada tp mcm tak function je aku rasa. Aku boleh kata jalan raya dia hebat ah. Lek je kereta redah kiri ke kanan terus. Lek je boleh buat u turn tetengah alam walaweh betul. Lepas tu kalau nak melintas kann, syarat dia kau lalu sikit2. Mcm clear sesaat je langkah setapak. Sbb mmg moto akan try elak kau wehhh. Takyah lari nak melintas. Aku dah selamat kena jeling dah tau sbb lari. Ceh. Kalau nak lintas gak, angkat tangan. At the end sampai lah kau jugak ke sana. Aku tetiap hari keluar hotel je rasa satu cabaran yg sgt besar utk melintas jalan ni. leuls. Tapi nak senang, lintas kt zebra crossing. Carik geng nak melintas sekali dan kau fiolloe je org tu tanpa pandang kiri kanan, selamat ouh. hehe.

Shopping? Ben thanh ah the best. Tapi masa awal2 sampai jgn berabis duit awal sangat kt ben thanh. Tunggu malam, pergi pasar malam dekat area tepi ben thanh dan harga barang jauh lebih murah wei. HAHA. Pasar malam dia buat tetiap malam. Pasar malam dorg hidup ah. Pastu, next tempat best Saigon Square but as i told before, Saigon Square a lil bit up dari Ben thanh. So rega pun mahal sikit ah. Pastu ada lagi Chinatown tp aku tak pernah sampai. Tak sempat hahahaha. Selain tu, kalau nak cari baju siap, jubah, boleh carik butik2 area luar ben thanh. Ada peta aku lukis dlm day 1 tu. Yg kedai Rohani murah kalau nk carik telekung, tudung, jubah. Pastu da kelas bahasa vietnam apa ntah pun best utk shopping kain cotton and silk. Boleh gila pi sana!

Orang kt sana ada yg ramah ada yang tak. Mcm penjual ah. the first kedai ktorg pergi peramah sgt. Terus jd best. Terus mama borong sakan kain dia. Kedai kedua jual keychain siap suruh mama senyap lagi. Huduh betul perangai bhahahaha. Tapi penjual dia mmg peramah sampai kadang tarik tangan kau. Buat bodoh say no dan blah je. jangan bertumbuk lak. Viral kangg tatau. Oh kalau nak beli brg, wajib tawar tauuu. Lagi2 kt pasar malam. Dorg mmg letak harga tinggi sbb dia tau kita2 ni suka menawar eheh. Tp jgn melampau sgt lah. Biar padan lah harga dgn brg kau beli. Bag cantik mintak rm10 mana dia mau oi. Haha.

Pastu even kat sini penuh dgn benda2 utk di shopping, ada je tempat best utk lawat. Boleh amek pakej pergi CuChi Tunnel ke, City Tour ke takpun the famous one, Sungai Mekong. Aku pergi tunnel je. mekong tak sempat pergi sbb jauh sgt en. tunnel ni pun dah kira okay je. Pakej ni kalau kau tak pi dgn agent cam ktorg, boleh direct ke hotel. Tanya je receptionist, mmg ada pakej dekat hotel utk kau pilih. Siap ada mekong 2 days, 3 days lagik. Haaa tdo lah kau kat sungai mekong dia. hahaha.

Last sekali, aku tatau dah nak cerita apa lagi. haha. Mungkin aku pergi lagi utk beli kain kt butik aku. Sbb aku kan taknak jd engineer. Nak jd suri rumah tangga sambil bukak bisnes. HAHAHAH. Apa aku buat ni. Hahaha k tak follow the flow je nanti tgk lah end up dia apa. Tp yg pasti, aku takkan mark ho chi minh as haneymoon place ah baik gi korea boleh jumpa minho. K tu je aku nak share. Tatau nak share apa lagi dah. haha kbai. Gambar dah takde. Ni link ke tiga hari aku ke sana. 

Vietnam Day 1

Vietnam Day 2

Vietnam Day 3

Salam Sayang,

Day 95 of 366: Vietnam Day 3

26 Mac 2016; Day 3.

Assalamualaikum hi. Sorry for a huge gap between day 2 and 3 hoho. Day 3 in viet. Today we're decided to do something other than shopping kihkih. Dua hari berderet kot shopping penat nak tawar2.

Mama ambik package half day tour to cu chi tunnel. Ni tour ni direct dr hotel je mmg derang ready dah package tu. Dalam 280000 dong utk sorg. Mula2 awal plan nk amik city center tour tp bila tau salah satu tempat dorg bawak adalah ben thanh mmg tak aaa  aku nengok bt pun dah muak dah hahaha.

Pukul 7.30 dh kena tunggu kt lobby. Akan ada bas ambik. Tp tak terus gi tunnel pun. Dorg amek pelancong area dekat2 pastu gather kt satu tempat ni baru bahagi2 blek. Yg mekong 2 days, 3 days naik bas lain. Yg city tour naik bas lain. Yg tunnel pun naik bas yg pi tunnel. Dlm 8.30 lebih gak ah baru gerak ke tunnel. Perjalanan dia kata 70 km je tp 2 jam sbb jalan kecik satu hal.

Tour guide ktorg lelaki. Nama viet dia Phat (sebut fat) haha tp dia kata improper utk ktorg panggil dia en so dia kata panggil dia Tom. And ktorg 43 org jd Jerry dia. Sbb dia kata kt tunnel ramai org. Nanti senang dia nk cari. Dia jerit je "jerry jerry follow tom" dan kami pun menonong ibarat lembu di cucuk hidung lels. Dia pkey ktorg ni tikus ke hape. HAHA

Dlm bas tu panjang dia cerita pasal perang vietnam, pasal tunnel. PANJANG GILA SAMPAI AKU RASA NAK ANGKAT TANGAN DAN CAKAP "TOM, YOU DOWAN TO TAKE A REST HUH?". Aku rasa sejam dia bercakap tak berenti. Kejap2 cerita pasal dia. Pastu menyanyi bagai lagu russia. Pastu ajar ktorg bahasa vietnam. Pastu tanya soalan pastu even takde jawapan pun dia yg bg soalan after tu. Kacau aku nk tdo je hahahaha. Dah lah English dia aku susah sikit nk hadam. Kena fokus leklok. Excuse me dia sebut kiss me. Trees dia sebut cheese kot kenot brain aku awal2 tu. Pastu dok ulang lawak yg sama. Dok ckp 'happy hour' je (means mati) dan semorg masih akan gelak walau beribu kali dia ulang. Terhibur ai lulz.

Before sampai tunnel ada pit stop jap. Tempat buat lukisan. Dorg pakai kulit telur kot! Pepandai carik gambar kat bawah ni naa. Teliti gila. Kalau aku lah buat sehari belum tentu siap satu lukisan. HAHAHA. Cerewet en camtu ah. Tapi serius kreatip woooo. Nak beli lukisan terasa mahal dan berat untuk dibawa pulang maka aku tengok je lah mampu. Yg pakai pasir pun ada buat lukisan. Apa kreatif sgt derang ni seh jeles aku. K habis tu sambung balik perjalanan ke tunnel.

Sampai2, tom gi beli tiket, sorg 110 000 dong. Masuk tu Tom start lah bg ceramah dia tu hahahaha. Banyak benda dia tunjuk dan cerita pasal cane org viet survive masa perang. Dia tunjuk trap2 lah, tunjuk cane cara tembak2 dgn sembunyi kt bawah, cane org2 ni hidup, cane dia buat tunnel apa semua, tunjuk kereta kebal. Last sekali baru masuk tunnel dia. Dia dok ckp bukak torchlight, kecik je tunnel tu, oxygen kurang, kena meniarap lah. expectation aku tinggi gilaaaaaa okay. Cuak semua ada. Last sekali hek eleh betul Tom. Tinggi tunnel tu 1m tak silap. Aku kan comel pendek so okay je. Takde lah sampai kena meniarap. Menunduk je. Pastu ade je lampu dan Alhamdulillah aku boleh je bernafas. Tunnel ni boleh jalan 100m je. Pastu ada 4 pintu dekat 20m, 40m, 60m dan 100m. Disebabkan mama ngan kak siti nak keluar the first exit, aku pun join lah. pendek je 20m je ceh hahahah. Takpelah at least merasa masuk tunnel. Apa guna pergi tunnel kalau tak masuk yedak?

Habis tu ktorg pergi dorg punya dewan makan tipu je. Tom tunjuk tempat keluar asap kalau dorg masak dlm tunnel. Pastu Tom bg ktorg makan makanan derang masa perang iaitu ubi kayu rebus dan sambal kacang. Aku rasa zaman jajahan ni, ubi kayu is thw wajibul ghunnah punya makanan ouh. Sambal derang tak lah sambal sgt pun. Takat kacang tumbuk2 campur garam gula. Tu je. Sedap lg mesia ada sambal ikan bilis luls.

After tu ktorg pun balik. Tdo dalam bas itu harus. Penat kayh. Dan Tom masih membebel rasa nak selotep mulut dia HAHAHA tipu je. After 2 hours, dia drop ktorg kt area ben thanh. Ktorg terus pergi Restoren Daun yg ktorg aim sejak semalam tp penuh. Sib baik masa nk mkn dekat nak kol 3 so kosong lah sikit. Aku ngan kak siti makan nasi ayam penyet *Mesia sangat weh*, mama makan sup ketam apa ntah TAPI SEDAP GILA. Sup tu ada telur, ada isi ketam. Pastu mama order  vietnam spring rolls. SEDAP GAK! Beli yg rebus, jgn beli goreng lah. Kolestrol tu kahkah. Dan aku order air kopi lagi. Sedap ah. Aku rekomen kedai tu.

After tu balik bilik rest2. Keluar balik after maghrib tp awal sikit dr semalam. Keluar pukul 6.30 sbb nak makan kat Osman *eh yeke osman haha lupa* tp penuh lagi. Kecewa utk kali ketiga sobs sobs. So ktorg nak try Kedai Melayu apa ntah. Air aku order jus mango. Sbb tetiba dekat viet ni mango dia sedap tol kenot brain. Mama tetiap hari beli buah utk digestion katanya. Tp buah2 dia semua puas hati. Manis memanjang. Pastu order lah lagi kueyteow viet ngan mama. Tapi so sad so melayu. Takdak rasa viet langsung. So apa aku buat? Pergi kedai hajar basiroh tapau 1 pho daging HAHAHA. buat supper bertiga kot. Mama pun beli kuih utk ktorg breakfast besoknya. Habis mkn, ktorg shopping buat kali terakhir. Aku pun niat nak habiskan duit dong aku. Yelah cuak duit dong habis dok pakai ringgit je. Sekali malam last tu duit masih ada 450 000 dong. Aku shopping bag, pho daging tu, stokin, sanggul, entah apa lagi ntah lupa. Tp baki aku ada 30 000 dong lah. Mama suruh simpan kot nk pergi lagi hahahah hmmm. 

So malam tu pack barang. Besoknya balik. Bag semua cun takde overweight. Walaupun semua bag beranak-ranak *lap air mata*. Dlm flight tu dpt pilot tak mesra alam tak best! HAHAHA. K tu je. Nanti akan ada lagi 1 post conclusion. Enjoy gambar aku.