"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

25 March 2016

Day 85 of 366: Vietnam Day 1

Assalamualaikum. Hai *lelambai*

Anggap date semalam okay. Sbb Day 1 ai semalam. 24 Mac 2016. Flight ktorg pukul 9.10 pg naik air asia ke Ho Chi Minh, Vietnam. Aku pergi bertiga. Mama, Kak Ipaq ngan aku ler. Tiket book awal taun ritu. Dpt RM350 return utk sorg. Mama tanggung 🙊 kikikiki. Lepas tu dlm flight tu dpt Pilot sumpah sporting! And i want to meet him again. He's so funny and friendly siap greet semua penumbang bila dah sampai tu. I shared the pilot stories in my fb.

Sesampai airport pukul 10 lebih pg waktu vietnam (semua jam stated dlm waktu vietnam). Beza jam Mesia awal sejam dr sini. Sampai2 tu singgah toilet yg takda air 😂 sib baik ada mineral water kahkah. Then lalu kastam smooth je tak lama sgt. Keluar kastam tu mama ambik teksi ke hotel. Tambang dlm 200 000 dong. Dlm rm40 lah. Tu pun cincai2 je. Nilai tukaran exactly 10 000 dong = rm1.76 tp ktorg genap je lah rm2. Kalau beli brg sini bila dia ckp dlm dong cecepat bahagi 5 *silent the last triple zero* utk tau dlm ringgit baru boleh decide murah ke mahal lels.

Teksi dia Nissan. Besar gak. Pemandu dia wa cakap luuuuuu. Hensem! Kahkahkah rezeki ai kan. Tau sbb apa? Sbb dia bela janggut 😂 Ai bab janggut lemah semangat HAHA. Sado pun sado. Muka leh tahan. Cuma tak friendly lah. Diam je drive. Masa ni lah dlm perjalanan aku peratikan. Jalan dia busy ya amat. Mostly mmg pengguna motosikal (read: skuter) and kadang jalan takde lampu isyarat mmg redah je sambil main hon2. Seram gak. Ni baru aku perati dlm kereta. Sampai hotel dlm jam almost 11 pg. Lama gak lah. Pastu hotel kecik je. Hahahaha. Sbb mama ckp dlm web cantek kemahen. Mama pun expect cantik tau. Tp selesa lah. Mungkin dlm 2.5 bintang kot? Lagi2 dekat sgt ngan Ben Thanh so kira okay lah kan?

Sampai2 terus makan rendang mama bawak. Lapar hoi! Yelah pepagi breakfast roti je kan. Lepas solat zohor baru sesiap keluar. Waktu solat sini kira lebih kurang malaysia gak sbb sini kan lambat sejam. Subuh 4 lebih, zohor 12 lebih, asar 3 lebih, magrib 6 lebih, isyak 7 lebih. First destinasi ktorg mestilah Ben Thanh sbb tu point utama dtg vietnam.ni tau. Shopping raya! Haha. Dlm tu shopping kain cotton ngan vietnam silk. Mmg murah weh. Cotton tu dpt rm33 sepasang. Masa ni sempat lah cekau satu cotton satu silk sbb mama belanja en. Pastu boleh terus upah menjahit siap within 1 day. Upah dlm rm60. Aku tempah baju cotton pesak. Saje je nk tgk best ke tak jahitan dorg. Lepas tu sambar purse2 ngan coin bag vietnam. Mahal lak rasa bila dah beli hahaha.

Habis dlm ben thanh keluar pulak kedai deret2 luar. Sempat masuk Rohani ngan Minh. Kt Rohani tu best! Murah tauuu. Aku beli jubah mcm zawara tu rm65 je tau. Telekung vietnam dlm rm45. Kak siti borong tudung naelofar. Mama borong semua 😂. Masuk Minh tu tak beli apa sgt. Mama belikan baju kurung siap yg kakcik pesan je. Lepas habis kt situ, beli buah sat then balik bilik rest. Buah potong siap sini 3 bungkus rm10. Buah dia sedap2 manis. Naga ada, betik, ciku, jambu, nangka, mata kucing eh banyaklah. Derian pun jual tp aku malas ah. Mesia lg banyak kot haha.

Malam tu after maghrib dlm kol 7 ktorg keluar pi pasar malam after makan rendang mama bawak lagi (ktorg tak makan luar hari pertama). Pasar malam tetiap mlm ada. Area tepi ben thanh je tempatnya. Kat sini barang mmg murah. Aku beli bag kipling hahaha. Mama beli bag roda kipling terus engkoo! Pastu beli keychain, oh beli baju siap cantik wehhh rm 65 je tau. Masa tu ktorg jalan kt area lorong hjh basiroh tu. Situ street halal and muslim so kt situ mmg ramai org mesia dah tak rasa kt vietnam pung. Haha. Habis shopping pasar malam balik bilik tido genite! Duit pun makin kurang ni cemanoo. Hahaha.

Kat sini kat, penjual ckp bahasa malaysia je. Kdg2 campur speaking. Dorg pun terima duit mesia. So tak risau bab tu. Tp gaya dorg jual tu dahsyat gak. Kau lalu je nanti semua penjual dok "kakak tengok sini murah2" (baca dgn ascent cina ckp melayu) kdg tarik tangan gak. Kau lempang je. Hahaha tipu je. Dorg peramah lah. Dia mmg akan pujuk kau utk beli brg bebanyak tp if taknak katakan taknak takpayah sesusah. Pastu bab tawar, tawar habis2 weh. Semalam ada patut dia letak rega bag kipling rm150. Kalau 150 dong murah lah gak. So kak siti tawar rm50. Dia ckp lg rm70. Kak siti kata taknak, nak gak 50. Bag tu utk aku senanya saje tawar gitu sbb tak mungkin dia nk bg dr150 kot. Sekali ktorg nk blah baru dia kasi 50 tu. Ah sudah sape nk bayau 😂. Haha so aku lah bayar, jadi lah bag kipling aku ada dua sbb ada.beli sling bag siang td. Disebabkan insiden tu aku pun jual sling bag aku kt iium online hahaha.

Ayat dorg kan aku suka. Kalau rega dia 150. Kau ckp nak kurang 100. Dia akan ambik harga tengah pastu ckp "125 lah kak. Saya happy awak happy". Lawak kot sbb manada saya happy. Awak je happy. Saya happy harha 100 kot 😂😂😂 tapi serius sini mmg kena tawar habis2an. Pujuk je banyak kali. Pastu acah2 nk blah. Kang dia bg lah. Kalau dia tak layan kau maksudnya harga kau tawar terlampau murah kot? Hahahahaha. Kat sini takyah beriya sgt kurang 5000 dong. Mama beriya letak harga 120 000 dong dah lepas dpt rega 125 000 dong tu tp bila fikir balik, convert duit mesia, gaduh takat nak kurang rm1 je kot. Hahaha. Tu lah duit dorg rendah sikit.

Lagi satu pasal cross jalan sini. Jalan sini busy tau. Saaaaangat. Mmg takdenya jalan kosong. Sentiasa full. So cara nak melintas first kau kena kuatkan iman dan berani hahaha. Pastu jalan sikit2 ke depan. Nanti moto akan elak kau. Kalau kereta lak kau angkat tgn nty dia slow kan lah kereta dia. Semalam aku tak angkat tgn dan menonong terus kena jeling ngan pemandu teksi hekeleh i am foreigner kot kasi can ah.

Yg peta tu roughly je. Peta area ben thanh.
R tu Rohani, M tu Minh. LHB tu lorong Hajah Basirah. Pasar malam area antara benthanh ngan deret kedai nak masuk lorong hkh basiroh tu. Yg aku tanda kuning tu kira wajib pergi lah sbb murah. Ada kt saigon square ngan satu kedai tak bernama aku tandakan kuning. Tu kedai aku pergi arini. K tu je utk hari pertama. Hari kedua hari ni. Nanti rajin aku update. Bye. Nah gambar.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~