"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

27 February 2016

Day 58 of 366: Hubungan

Assalamualaikum. Hai. Maaflah saya amat busy dan kerja tak pernah habis tapi tidur makin banyak i kenot brain lah. Haih.

Being anak bongsu really beruntung tau. Selain dpt banyak sumber duit *evil laugh* dpt banyak pengalaman tau. Mcm aku, along and angah dah kahwin. Banyak pengalaman aku amek from aku punya observation.

Utamanya pasal hubungan lelaki dan perempuan. Makin banyak aku observe aku makin takut nak ada hubungan serius. Ntah aku selesa bersendirian kot. Bkn nak cakap dorang tak happy. Tak lah. Tapi betul lah org kata tanggungjawab lepas kawen mmg lagi berat. Lepas kawen, bkn hanya gembira semata. Aku dulu beria nak kawen sbb dah dimomokkan dgn cerita novel! Haha. Betul lah, kisah sebenar takkan seindah novel. Tapi ini tak menjadi sebab utk aku tidak baca novel bhahahaha.

Selain tu, part best. Bila ada kadang2 benda yg aku tak suka pasangan tu buat, aku akan tanam dalam diri aku, after kawen aku takkan buat mcm tu. Macam pengajaran lah utk aku. Gittuw. Hahaha. InsyaAllah lah kalau sempat kawen.... aku bahagiakan kau suami oi. K.

Tp en, aku annoying. Perangai carca marba. Cerewet. Harap engkau dapat bersabau ye bang?Lagi 3 tahun tau bang.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~