"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

13 December 2015

Dah nama pun manusia

Assalamualaikum. First time pulak tajuk aku panjang gini. Selalu nak buat satu word. Acah misterius lah konon.

Aku nak menulis ke-tidak-puas-hati-an aku bila selangor umum cuti senin sbb bola menang. Aku lupa siapa yg cipta trend menang bola, cuti ni. Yang Kelantan menang tu kan? Ntah zaman bila aku bukan kaki bola tu. Tapi sekarang dh jadi trend pulak. Asal menang je cuti. Kalau lah team bola Malaysia ni hebat aku rasa Malaysia cuti sokmo ni hmm. Haha.

Kedua. Kenapa nk bg cuti? Yg penat tu pemain bola je. Yg tak main pun dpt cuti kenapa? Contohnya aku. Aku tak main, sokong pun tak. Tapi aku dapat cuti. Okaylah, maybe demi peminat yg berkorban masa turun stadium sokong, turun mamak sokong. Tapi mlm ni sabtu. Esok ahad. Boleh rehat. Bukan kerja pun esok kan?

So aku conclude ni sejenis 'nazar' kot. So nak taknak bila dah menang, kena lah cuti kann.

Sebenarnya siapa je tak suka cuti en? Aku suka. Tipu lah kata tak suka. Padahal cuti weekend pun rasa bahagia amat. Ni pulak lagikan senin yg selalu bermula dgn blues. Cuma masalah aku sekarang, minggu dpn dah last week belajar. Dan banyak benda tak setel lg dan tolonglah aku taknak kelas ganti dah aku sepak nak?

Semester ni paling banyak cuti aku rasa. Cuti jerebu. Dan so on. Dan semester ni jugak paling banyak kelas malam sbb asyik dok ganti. Sampai aku rasa sebu. Nak muntah dah hadap kelas ganti semedang.

Sebenarnya kalau uia tak buat cuti senin ni *acah ingkar* pun aku okay je. Walaupun mestilah ramai bash sambil heret kaki pergi kelas kan? Dan satu lagi, kalau balik khamis ritu pun sodap cuti panjang. Ni eden dah kat uia ni cuti panjang buat kaki rasa gatal nak keluar habiskan duit mak ayah je ni. Hailaa.

Dan aku nak cakap dah nama pun manusia. Bg cuti marah *bukan aku k*. Tak bagi cuti lagi lah mengamuk. Tak pernah reti nak bersyukur kan? Hai manusia.

Conclusion dia just nak cakap Tahniah Selangor utk kemenangan itu 🎊🎉

03 December 2015

Aku


Kali ni terpanggil untuk aku menceritakan perihal diri aku. Siapa yang panggil? Aku sendiri lah kekeke. Walaupun takde sape panggil eh biarlah ni belog aii k.

For those yang first time jumpa aku. They will expect yang aku ni pendiam hiuhiuhiu. Bukan sekali aku kena. Banyak kali orang kata aku pendiam *muka inesen* Sebabnya aku tak bising dengan orang yang aku baru kenai. Aku bkn friendly. Dgn strangers aku introvert. Except within strangers, ada orang yg aku kenal maka i can talk with the strangers.

makin lama aku kenal diri aku. aku rupanya sgt dependent dgn kawan. If takde kawan, aku jd tak seronok. sbb tu nak buat pape, kena ikut kawan join. hmm. aku tau sikap ini sangat tak elok ye kengkawan. bukannya nanti lepas kawen, kawan kau still kat tepi kau *opps*

So sebenarnya nak cakap aku bukan pendiam. sgt tak. bila kau rasa aku bising, means aku dah boleh ngam ngan kau. sbb kau boleh tgk sisi aku yg lain. pehe dop?

main point aku sebenarnya nak cakp dont judge aku dr luar. dr luar kau boleh kata aku pakai handsock, pakai stokin, tudung cam ajet2 labuh. tp percayalah aku bukannya golongan yg sopan. yang lemah lembut. tak. sangat tak.

aku tahu aku annoying.
aku tahu aku gelak kuat.
aku tau aku kasar.
aku tau aku over.
aku tahu mulut aku jahat.

"kenapa luar kau nampak macam muslimah tapi dalaman kau emm tak macam muslimah pun?"

"daripada aku berdosa luar dalam, at least luar aku dapat sumbang pahala sikit utk cover dalaman aku. bagi lah aku baiki satu-satu dulu."

luar aku nampak baik, dalam aku masih berusaha improve sikit demi sikit. kau jgn lah expect aku baik. bila background aku hanya biasa2. aku sekolah keyel. persekitaran keyel. kau agak? 

Thats why people said never judge a book by its cover.

salam sayang,