"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

08 July 2015

Ujian Atau Anugerah


Hai 10 malam terakhir apa khabar?

Aku tanya apa khabar.

Aku tanya apa khabar.

Abaikan.

Cemana ramadan? Hari ni masuk malam ke-22. Semalam aku duty masjid. duty utk 10 mlm terakhir ni kena jaga iftar sampai lah ke subuh. so after iftar, moreh semua kena tdo masjid lagi2 semua bergilir2 jaga keselamatan. kenapa kena jaga? sbb mmg ramai orang luar iktikaf kat masjid sempena 10 malam terakhir. bawak toto, anak2. seronok tgk derang.

so semalam aku berkesempatan lah merasa tdo masjid. tdo kol 1, bangun kol 2.30 sbb keja jaga for sejam. alhamdulillah semua okay je. tp ak still kena 'berjaga' walaupun tak merayau. duduk baca quran je. 3.30 camtu dh ramai yg bangun. kol 4 imam start buat solat sunat jemaah. mmg panjang. 15 minit utk solat 2 rakaat. tp mmg power aku cakap. sedap. dan alhamdulillah tak mengantuk pun. solat subuh tu lagi sedap bacaan dia. sebijik2. mmg lama tapi bacaan dia mengkhayalkan. dia baca surah qiamah dan tak tahu apa lagi satu. aku dgr ada ayat fajr kat hujung2 tu.

rasa seronok sgt tgk semorang semangat qiam kat masjid. aku pn jd semangat. bersungguh doa nak lailatul qadr kan. lepas tu tadi hari ni aku keuzuran. kaku sebenarnya sbb  baru semalam beria mintak. tapi Allah bg cuti pulak. Allahu. yg sebenarnya aku nangis dekat toilet. sbb uzur masa 10 mlm terakhir. every puasa pun mesti aku kena akhir2. lagi parah sebenarnya ikut jadual bkn hari  ni pun. kiranya aku tak bersedia langsung mental fizikal. tp nak buat cemana. anugerah kan? ke ujian?

depends on how you take it.

mula2 rasa cm ujian. ujian apa Allah bg bila aku minta lain, dpt lain. lepastu mengadu. lepastu dpt nasihat. uzur ni kan anugerah. uzur bkn bermaksud takley beribadah langsung kan? banyak je ibadah lain. baca terjemahan, berzikir, mathurat. kan? banyak je. cuma kena rajin bangun malam walaupun tak boleh solat, tak boleh baca quran.

kita masih boleh buru malam terakhir. 

dont worry, smile. teruskan berdoa ya!

selamat menikmati hari2 terakhir di ramadan kawan!

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~