"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

03 April 2015

Romantis


“Woi bangunlah buat sarapannnn!!”  jerit Jep ke telinga Hani.
Terbeliak mata Hani lantas di tarik rambut Jep. “Pekak jugak aku karang.”
Hani bingkas bangun dari katil dan menonong menuju ke dapur. Jep menggeleng perlahan melihat selimut dan cadar berselerak lantas dikemasnya.
.
“Weh Hani esok aku ada game futsal. Nak tengok tak?”
“Argh malaslah. Esok saya nak berehat di rumah aje lah Inche Jeffri.”
“Hek eleh temanlah gila. Please.”
“Malas lah gila.”
“Haa esok ada makanan percuma. Mesti kau suka punya.”
“Haiyoo baiklah Inche Jeffri, patik pergi. Terpaksa,” Hani membuat muka toya.
Jep tersenyum, “eleh kena paksa konon padahal tak boleh nak berpisah kan?”
“You sure ke? Siapa tak boleh nak berpisah ni? Sebenarnya kau yang nak aku sentiasa depan mata kan? Hehehe,”  gelak Hani sambil mengusap perutnya yang agak menonjol. Lagi 2 bulan mereka akan ada anak sulung.
.
Jep tersentak dari lamunan. ‘Tenanglah Hani di alam sana. Kau tunggu aku di pintu Syurga ya Hani.’ Jep mengambil tongkat melangkah lemah ke arah kereta yang di pandu oleh anak bongsu mereka. Romantis tidak semestinya berbahasa abang-sayang atau pun belai-manja dan seangkatan dengannya. Cukuplah aku tahu di antara kita ada perasaan kasih dan juga sayang.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~