"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 January 2015

Semangat

Assalamualayk.

Sepanjang aku dah dua minggu di rumah. Sungguh banyak perkara lagha yg aku lakukan. Malah karat jahiliyah semakin berkarat. Memang, tak mudah nak buang karat tu. Walau dah buang, nak lawan tu lagi susah. Bukan tak pernah cuba buang. Pernah. Malas berjaya buang. Namun iman tak kuat melawan maka ludah yg dibuang dijilat kembali.

Entah minda aku sering menerawang. Salahkah apa aku buat?

Salah kah aku tengok running man?
Salah kan jika aku menonton wyg?

Pada aku asal jgn leka itu sudah. Dan tak menjauhi kita dari Allah dan rasul. Sdg PU Rahmat sendiri kata wyg tak salah. Yg slh kita jika lihat cerita tak senonoh dan pergi dgn siapa. Entah aku pun masih ragu2 apa yg aku buat benar atau salah.

Selagi aku di rumah yg ada tv selagi tu susah aku nak kawal aktiviti aku. Haih. Kdg rasa nak cepat balik uia.

Aritu aku pegi dua talk sempena maulidur rasul. Aku suka sgt talk dr ustaz izhar. Sgt sukaaa. Dan juga heliza helmi. Aku rasa inspired dan ingin sekali menjadi seperti ija.

Lalu aku menanam tekad dan azam utk terus kuat dan asah iman sebelum ajal menarik aku. Aku taknak jadi seorang yg takut mati. Bukankan mati itu pasti?

Doakan aku mati berserta iman dan taqwa ye?

Ustz izhar kata rasulullah dakwah mula dgn diri sendiri. Itu langkah pertama aku. Biar aku kini berusia 21 dan tua, namun tak pernah terlewat utk perbaiki diri kan?

Doakan aku ya?

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~