"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

21 January 2015

LOST


aku tak tahu apa kena dengan diri aku. aku rasa diri aku lost. semenjak di uia lagi. dan sekrang di rumah makin lost. dan aku tak berhajat nak bercerita dengan sesiapa pun. aku tak tahu. aku lebih prefer pendam. entah, biar Allah tahu.

sejujurnya aku makin lemah. banyak benda aku tak buat. aku makin malas. tak tahu nak salahkan hasutan syaitan sedangkan aku yang di beri pilihan. kenape nak salahkan pihak lain kan? ye ini salah aku sendiri.

dan aku telah mengambil keputusan untuk berlari. lari tinggalkan semua benda yang mendekatkan diri dengan Dia. sebab aku masih mencari diri aku yang hilang. aku nak cari balik setiap keikhlasan diri dalam setiap apa yang aku buat. tak senang nak paksa diri ikhlas. aku masih bertatih. memang sangat lambat.

moga Allah matikan aku setelah aku berjumpa diri aku yang bersedia dengan kematian. amin.



salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~