"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

25 December 2014

Nak mati ke tak?


pernah tak satu saat kau penat sangat dengan hidup sampai kau rasa "Ya Allah, percepatkan ajalku?"

pernah tak?

lepas tu sambung "eh jangan lah dulu. sebab aku masih belum banyak pahala nak tunjukkan padaMu"

tapi bila saat kau masih bernafas sekarang kau takde pun buat pahala sangat. masih sibuk dengan maksiat dan segala benda lagha.

apa lagi yang kau mahu? sedang Allah perkenan doa kau yg satu itu.

doa terus hidup lama konon nak tambah pahala.

yet what are you doing now?

buat sesuatu ada fikir Allah? kerana Allah?

hidup kerana Allah.

bukan dunia.

bukan manusia.

aku futur.

lemah.

down.

hilang arah.

19 December 2014

Jodoh


taknak sembang panjang pun. banyak kali dah aku post pasal jodoh ni. as in aku tengah single mingle *k takde kaitan*

"kau percaya tak pada jodoh?"

"percaya je."

"siapa yg tentukan jodoh?"

"Allah lah".

"percaya tak ada je pasangan bercinta bagai nak rak dari bangku sekolah tapi last2 kawen org lain gak."

"normal lah tu. takde jodoh."

"ada jugak yg bergaduh 24 jam tp tgk2 dah kawen anak empat."

tu lah jodoh. jodoh dari Allah namanya.

kun fayakun kata Allah maka jadi lah.

nak pertikai apa lagi? sakit? kan? aku pernah rasa kena tinggal. kalau dah tau sakit, kenapa nak jebakkan diri dalam kencah bermasalah ni? perasaan tu fitrah. aku pun ada je suka org. *cuma takde sape suka aku blek je* yg paling penting salurkan rasa cinta itu pada saluran yg betul. 

jgn obses kejar cinta manusia. takut kau lalai sampai tak sedar cinta Allah dah lari jauh. sentiasalah berfikiran positif. Allah takkan bg ujian kalau kau tak mampu tanggung remember? semua perkara Allah takdirkan berhikmah. Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. even kucing kau mati pun bukan sia-sia.

satu je. percaya pada Allah. cukup. tak payah percaya sgt pada manusia. manusia ni auta je lebih. lagi2 lelaki. pfft. mulut je manis.

satu je. kalau nk syg sesiapa hatta mak ayah, suami sekalipun jgn berikan 100% sayang pd mereka. at least simpan 0.001%. 0.001% ni lah yg bg kekuatan utk terus hidup. kalau bg 100% nak nak hidup cemana? yg boleh bagi 100% hanyalah mas idayu pada Allah sahaja.

kau cinta Allah tak? cinta Allah berada di tahap yg mana? pertama? baguslah. Kalau yg pertama, jika Allah tarik cinta manusia dr kau pun kau tak rasa apa. sebab kau ada Allah.

"kau cakap senang lah. yg rasanya aku"

itulah function aku nak cakap. nak kasi kau rasa senang mcm mana aku rasa senang.

terima denga reda. yakin dgn takdir Allah yg akan bawa kau bangkit semula dan berikan sinar pelangi yang baru.

duduk diam2 muhasabah kenapa Allah timpakan masalah ni. mungkin Allah rindukan kau. mungkin kau terlalu lalai merindui manusia sehingga terleka. bangkitlah. keluarga kau masih ada. kawan2 kau masih ada. move on bebeh.

p/s: selagi tak ada hubungan halal, tak payah nak cintan cintun. hubungan mcm ni mmg lemah tambah lagi godaan syaitan kan?

Judgemental


Memandangkan takde post langsung untuk bulan 12 maka jari telah dipaksa menaip jugak. well, alhamdulillah hari ni habis lah pembelajaran utk my very first sem. tinggal lg nk submit satu project esok yg baru siap buat td. hahaha.

final nk dekat oiiii. k.

baiklah. since ada org request tanya pendapat pasal judgmental. and i knew who is that. well, as you know, my url blog dh tukar baru so mmg tade sape tahu pun kecuali awak. ye awakkk.

judgemental eh? entah. aku bukan yg pakar untuk menjawab soalan sebegini. kerana aku bukannya perfect. dan aku juga seorang yg judgemental. okaylah kalau kita perhatikan manusia satu2, sape je yg tak judgemental? ok mmg ada je mereka yg least judgemental but as for me no one yg tak pernah judge. antara kerap atau tak je.

judge ni kan menghukum. hukuman ni pulak ada banyak tahap. in my opinion eh. hukuman dosa2 manusia kita mmg tak layak nk cakap apa sebab itu kerja Allah kan? takley masuk campur dah. hukuman yg sering manusia buat adalah menghukum perkara2 atau sifat2 yg ada pada seseorg yg tak kena pd mata kita. betul?

pernah dgr tak first impression tu penting? sbb tu first thing org akan nampak. tau tak benda tu pun bg aku is judgemental. okay aku baru jumpa kau then aku kata kau sombong. sbb first impression aku nampak kau MACAM sombong. see. macam je kan? nampak tak siapa sedang mengjudge sekarang?

judge ni jugak ada baik ada buruk. ada buruk membawa ke baik. dan baik yg membawa ke buruk. bila dh kena judge, apa inisiatif yg kita ambil? berubah atau biarkan saja? judge ni tak semua nya keburukan. ada jugak kebaikan manusia yg suka judge yedak?

judge yg paling senang berlaku adalah pada org yg tak pernah kenal, tak pernah jumpa. bak kata soalan tu lah. mmg lah dah nama tak berapa kenal sbb tu perlunya judge. cumanya baik atau buruk je. takut2 dok judge sampai ke fitnah pulak. tu dh bahaya.

as i said before. judge is normal. normal thing. heh mulut manusia mana boleh tutup pun.
 cuma jaga. jgn over. sometime its hurt a lot!



salam sayang,