"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

16 September 2014

Kenapa Ana Ditarbiyah?

halaqah kedua di uia gombak. dengan task tazkirah ringkas 'kenapa ana ditarbiyah' betul2 membuka fikiran ana. yg asyik berat hati untuk meneruskan langkah di dalam dunia tarbiyah ni. namun ana sering menjadikat ayat 41 dari surah atTaubah sebagai rujukan hati.
Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [9:41]

sewaktu cuti 3 bulan yang lepas, memang ana sgt teruk. iman mmg sgt futur. agaknya jika boleh diukur, iman ana merudum jatuh tak naik naik. sehingga ana malu untuk menghantar mutabaah kpd murobbiyah ana. ana merasakan yg ana tak mampu menggalas gelaran akhwat pada bahu ana. memikirkan memang halaqah ini akan diteruskan pabila di gombak kelak. cuma, hati ana terlalu rapuh. terlalu lemah untuk kembali mengikutinya.

walau ada sahabat ana berkata, tak join usrah, tak semestinya tak boleh ke jalan Allah. benar, tarbiyah ini bukan the only way nak menuju Tuhan kan? tapi kenapa kaki masih melangkah ke masjid sewaktu msg dari akhwat mengajak pertemuan halaqah yg pertama? tak sampai hati kah? lalu otak ana berputar dan hati berbisik, 'ye, kenapa aku masih berada dlm gerabak tarbiyah ini? walau hati aku berat?' 
dan ini menjadi minggu kedua adanya halaqah. kerana otak ana terlalu berat memikirkan, maka ana menggunakan bantuan google. dan berjumpa dua blog yg amat membantu. bukan setakat membantu ana membuat tazkirah, juga dapat menjawab segala persoalan di kepala ana.
oh ye, ini blognya --> KLIK SINI dan KLIK SINI JUGA
jadi, ini hasil tazkirah ana yg akan ana sampaikan kelak. in few hours more!

apa itu tarbiyah? tarbiyah ini pendidikan. ana mungkin masih lg orang baru dlm dunia tarbiyah ini. jadi iman ana banyak turun dr naiknya. ana tertanya-tanya pada diri ana, kenapa ana masih mengikuti tarbiyah ini? soalan in berlegar-legar di kepala ana.

tarbiyah ini bukan satu-satunya jalan menuju Allah. jadi kenapa ana memilih jln tarbiyah?

ana percaya proses tarbiyah ini adalah proses yg paling berkesan untuk ana berjumpa Tuhan ana kelak. untuk ana memasuki syurgaNya. kerana proses ini membentuk peribadi ana sendiri. secara peribadinya, ana dpt merasakan ana boleh mengawal marah dan kesabaran ana walaupun belum sepenuhnya lagi.

lepastu ana dapat mengenali lagi Tuhan ana. dan Tuhan kita semua lah. melalui apa? melalui surat cinta dariNya :) iaitu kitab Furqan. mungkin dari dulu ana hanya baca tanpa memahami. namun bila mengikuti tarbiyah, at least ana paham utk tadabur al quran, sharing favourite ayat ana dari quran ^^ seronok sgt masa tu.

ini semua ana dpt masa ikuti tarbiyah sebentar di cfs. jd bila ana pkey blik, semua ini bg manfaat. jd kenapa ana harus berhenti perjuangan ini?

mungkin cuti dulu ana futur kerana tiada akhwat di sekililing ana utk saling igt mengingati. jd sekarang ini lah masanya ada kembali akhwat2 di sekeliling ana. ada halaqah utk saling igt mengingati kan? so why shouldnt i grab the chances? get it?

dan harapan ana, untuk mentarbiyah diri ana supaya dpt mentarbiyah orang lain juga. lagi2 akhir zaman ini, manusia semua berpesen-pesen ouh! at least ana dpt sediakan jawapan utk Allah bila Dia tanya kelak. dan tarbiyah ini bkn berhenti takat hentinya ana di iium. biarlah seluruh hidup ana ini, sentiasa ditarbiyahkan. insyaAllah. doakan ana istiqomah ye? dan tak futur pabila cuti. eheh.

p/s: kalau rasa awkward, tukarkan 'ana' as 'aku' sbb tazkirah, kena pakai ana. tp bila berbicara dgn diri sendiri, aku adalah pilihan bagi aku. chow.
salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~