"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

19 June 2014

Tinta Musafir #7 : Alhamdulillah umrah selesai


13 jun 2014 (jumaat) ; 1039 waktu mekah

Alhamdulillah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar walillahilhamd.
Semalam selesai umrah wajib yg di pandu oleh mutawif, ustaz iswan. Sampai hotel pukul 9. Gerak dr hotel ke baitullah pukul 9.50. Beda amat ya dgn madinah. Sini mesjid nya ya agak jauh jugak perjalanan *baca pakai bhsa indon*.

Mula2 sampai zam zam tower tu, tgk lah masjid baitullah masyaAllah besar sangat. SubhanAllah. Cantik. Sebelah masjid tu pulak ada istana raja yg aku tgk mcm sebuah bangunan empat segi je. Masuk2 je nampak kaabah. Pergh masa tu terkaku terkagum tergamam semua ada. Mutawif terus bawak pegi tawaf. Masa tu mmg cuak ah nak statickan bahu kiri jgn berpusing. Tawaf okay lah. Tang sempit hanya sampai lampu hijau dgn maqam nabi ibrahim. Habis tawaf, ust bawak ktorg berdoa and solat sunat ihram. Pas minum air zamzam, pegi masa'a utk saie pulak. Tang saie ni terpisah dgn rombongan. Sbb ktorg bawak nenek so lambat sikit. Saie aku ckp mmg penat. Dgn ramai org. Berpeluh weh. Tp alhamdulillah selesai. Ini penat pun dikira okay tau. Cuba ambil ibrah dr siti hajar dgn nabi ismail. Dh lah panas terik. Pahtu jauh oh nak jalan. Last2 Allah ada kan air zamzam di kaki nabi ismail.

Last sekali bertahallul. Plan nye nak suruh nenek guntingkan. Tp last2 gunting sendiri aje lah. Tak susah. Baca doa, ambik rambut belakang gunting. At least 3 helai tp disebabkan aku tak nampak rambut, kena masuk gunting dlm telekung maka berhelai helai rambut aku gunting. Hehe. So Alhamdulillah habis lah umrah wajib ktorg. Habis je tu ust nak bawak balik hotel. Masa tu dh nak pukul 1. Tetibe nk pegi balik pintu no 1 cari kasut dh tak jumpa. Pendek cerita kasut ktorg semua hilang sbb tak bawak sekali masa kerjakan umrah tu. Cari punya cari tak jumpa. So kena beli kasut baru tp aku tak. Sbb dh ada kasut spare dlm hotel. Kira tamat lah riwayat sandal tahan lama aku beli kt melaka tu. 

Sampai bilik hotel je dah nak pukul 2. Nasib baik dah solat jamak takhir before turun buat umrah tu. Sampai2 je ktorg mkn nasi arab yg patutnya tu mkanan berbuka tp disebabkan tak sempat, tu jd makanan sahur terus sementelah hari ni kan nisfu syaaban. Mmg tak salin jubah putih tu terus masuk tdo. Bangun subuh mmg tak larat nak ke masjidil haram. Solat dlm bilik pastu sambung tdo. Bangun balik pukul 8.37 pagi baru sempat nak bukak bagasi kemas barang. Harharhar. Japgi zohor pun tak pegi gak sbb hari ni solat jumaat. Mesti padat en. So nty asar baru pegi. InsyaAllah.

So nak rehat dulu. Bai.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~