"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

30 May 2014

babai mei


akhirnya mei berlalu jua. walau hari ni bukan hari terakhir mei, esok ada lagi. cuma esok rajin aku nak menaip yg tiada. so this is my last post in may and tatau bila lagi rajin nak hapdate.

banyak sangat isu menarik sepanjang mei ni. paling hot isu cadbury ada dna babi yg kecoh masing rasa berdosa yang amat sampai rasa nak samak mulut dgn pasir. hangpa nak telan pasir ke cemana woihh?

watlek lah. kita bukan tahu pun dlm tu ada dna babi. dan td pencerahan dlm tv alhijrah, bukan maksudnya mereka pegi masukkan segemok gemok babi dlm cadbury tu lah. mungkin kerana perkakas yg dipakai bercampur atau dibasuh tidak bersih. sbb cadbury mmg ada sijil halal pun dulu. alah, senang cerita cadbury tu anak syarikat mondelez dan itu jenama boikot tahu? so meh pakat boikot lah. takkan nak boikot mcd je. alang2 boikot semua yg anda tahu secara pelahan2.

alah, minda org melayu ni yg haram ni babi je. tutup aurat yg mmg haram tu masih buat tak nampak kan? weh, nasi goreng pun boleh jadi haram kalau beli pakai duit yg ragu ke sahihannya. contoh duit gaji kerja tp masa kerja, kita dok layan facebook. aduhh, ini aku pun sentap. na'uzubillah minzalik. mintak dijauhkan pada kita. apa2 pun aku cukup berkenan dgn inche gabbana, ikhwah yg pakai jeans menuju sorga itu lahh. entry dia gila menarik sodap so sila click --> SINI

selain itu isu rabu lepas. sultan perak mangkat. semoga rohnya dan roh atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. aamin. walaupun jelas aku tak kenal sangat sultan perak itu.

lepas tu kecoh pulak pembaca berita dok berkabung, reti pulak pakai tudung, drama2 lagha semua dihentikan utk 2 hari. nampak tak permainan minda melayu ni? so baik lah ada kemangkatan tiap2 hari kalau ini yg akan merubah kita rakyat Malaysia ini. negara islam en? isteri2 mereka yg berjawatan tinggi dlm malaysia pun masih belum bertudung. jgn mencaci, doakan lah mereka dpt hidayah kan? dr dok kutuk, pahala kita kurang, pahala mereka yg bertambah.

okaylah. itu je isu untuk kali ini. 1 jun ni nak terbang balik kl. nak ke melaka. menjaga kak siti yg baru melahirkan bebigel semalam. tazzabar nak jumpa baby ohoii. 

kehidupan masa cuti ni? memang indah. sampai terasa iman tunggang langgang turun tak naik naik. karat jahiliah makin menebal. haihhhhhh. tu je aku mampu buat. mengeluh. semoga hari esok lebih baik :) may Allah bless.

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~