"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

26 January 2014

i love you mama


tetiba teringat pasal mama. pasal pengorbanan mama.

teringat masa aku umur 6 tahun dulu, aku kena admit ke spital sbb tertelan duit 20 sen. teringat masa tu maghrib then aku pergi dekat mama papa yg baru habis solat maghrib dekat bilik to inform. teringat betapa kelam kabutnya mereka. mama bagi aku minum air tapi tak dapat telan. duit tu halang lubang pemakanan aku. so aku terus muntah balik. mama papa terus bergegas bawak aku pegi spital. masa tu ramai orang. tapi papa terus masuk bilik doktor tak hirau ramai org tengah beratur. papa terus panggil doktor tengok aku.

teringat mama yang teman aku selama aku dpt rawatan kat spital. every night mama sanggup tdo lantai beralaskan selimut temankan aku tdo kat atas katil pesakit. one day aku bangun pagi, aku gelabah mama takde kat tepi katil mcm selalu. aku panik. ohh, rupanya mama pegi solat subuh dan tukar baju. mesti masa tu mama ambik cuti kerja semata teman aku seminggu kat spital. mama lah yang kena angkut tiang yg menyalurkan air dlm badan aku tiap kali aku nak pergi tandas. mama yg sentiasa sediakan bekas untuk aku ludah buang air liur sbb aku tak dapat telan air liur, sakit sangat. bak kata mama, aku beruntung sbb duit tu tutup lubang pemakanan bukan lubang pernafasan. kalau tak mungkin aku tak dapat jumpa mama dah.
 
teringat masa nak masuk bilik pembedahan, doktor tanya mama sama ada mama nak teman aku kt dalam atau tak. aku pandang sayu dgn harapan mama paham aku nak dia masuk sekali dgn aku. then mama masuk, tp mama kena tukar pakaian khas and pakai penutup kepala khas. masa tu aku gelak sbb mama pakai tutup kepala tu dah mcm ada telinga arnab. tapi tak lama pun, lepas aku kena bius dan doktor nak start keluarkan duit tu, mama kena keluar. teringat masa lepas aku sedar dari operation tu, muka mama happy sangat sebab tengok aku dah selamat. alhamdulillah terima kasih Allah sbb bagi aku peluang melihat dunia lagi.

teringat masa first time mama pukul adik dgn kakcik dgn tali pinggang sbb ktorg usik2 kak timah dgn penjual burger padahal kak timah tak suka. sakit ma. tp bila dah besar adik paham yg mama sebenarnya nak mengajar kami hormat org yg lebih tua walaupun kak timah tu org gaji. mama tak pernah bezakan taraf.
teringat masa mama belajar dekat upm. mama balik sebulan sekali je. masa tu tetiba adik rasa sedih sangat, adik tak hantar mama, adik terus sorok dlm toilet dan nangis. pastu papa suruh ktorg anak2 hantar msg kt mama pakai hp papa. pastu papa gtau mama kecik hati sbb ktorg tak ckp yg kotg rindu dia. masa tu awkward sangat nak cakap adik sayang mama. hihi. adik happy sangat mama habis belajar masa adik darjah 6. rasa boleh spent time lama2 dgn mama. tp form 1 dah kena sekolah kl -.-

dan adik takkan lupa mama kata mama suruh tunggu kejap then mama pegi beli stokin kat airport sebelum adik terbang blek kl. semua sbb adik pakai kasut baru dan tak pakai stokin masa tu. so melecet. masa tu adik terharu sangat mama pegi belikan adik stokin.

ma, ni baru sikit je pengorbanan mama kat adik. sebenarnya banyak lagi yang mungkin adik dah tak igt. you are to precious to me. mama sangat bernilai dan takde sape yang dapat ganti mama dalam hati adik. sekarang bila adik tengok mama papa dah tua, rasa mcm tak banyak masa yg adik luangkan selama adik hidup almost 20 tahun ni. kadang2 rasa sedih rasa nk sambung belajar dekat sarawak je tp mama tak kasi. mama suruh belajar leklok je kat sini. okay ma. adik harap mama jaga kesihatan mama kat rumah leklok dan semoga Allah jagakan mama papa untuk adik.

ma, adik sayang sangat kat mama. sangat. you are my hero ms rahmah :')


anak bongsu puan rahmah murshidi,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~