"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

17 January 2014

chocolate strawberry muffin with apple pear jem filling

AMARAN : ARTIKEL INI DITULIS PADA 3 JANUARI 2014

ni projek mega yang pernah aku buat selama aku hidup 19 tahun 11 bulan ni. ecehh pirah. acah projek 1.4 juta je. haha. plan punya lamaa. motif sbb nk menyambut mama and nenek balik dr cuti kat London. so search tenet cari chocolate muffin. and tetiba rasa nk buat strawberry jugak. pastu mcm nk buat filling kat tgh muffin. then nak topping dgn choc. and aising tulis2 huruf atas cupcakes. so kira ada 4 jenis benda aku nak buat. a day before diorang blek on 1 jan.

so I’ve start pukul 11.30, kena masukkan baju dlm mesin basuh dulu sbb kakcik meroyan mengungkit asyik dia yg basuh baju selama ni. tak tahu apa benda merasuk dia sampai aku yg kena basuh pulak masa tu. so aku start dgn kupas2 kulit 2 biji epal and igt nak masukkan buah jambu tp tgk ada pulak pear so guna pear lah. cara nak buat jem ni mula2 potong buah tu jadi kiub kecik2. then masuk dlm periuk letak air separa tenggelam and taruk gula ikut suka hati nk manis mana. masuk bunga cengkih sebijik. pastu rebus dlm api yg slow. bila buah tu dh nk hancur, aku pegi hancur kan lg guna alat yg kita pakai utk masak burger tu. yg lubang2 utk tekan burger tu. so bila dh hancur, air dh nak kering, letak butter utk caramelize jem tu. and kalau dh siap boleh tutup api. settle one part.






next buat muffin. ambil 4 mangkuk. 2 utk perisa choc, 2 utk perisa strawberry. bahan dia semua sama kecuali beberapa je. mula2 ayak tepung dgn soda dgn baking powder yada yada barang asas en. dekat satu mangkuk letak coco powder jugak. so ambik 2 mangkuk lain letak gula, susu, telur, minyak masak. yg perisa choc boleh letak esen vanilla. yg perisa strawberry letak pewarna pink and perisa strawberry *itew takde buah strawberry* so masuk lah tepung masing ked lm acuan masing.







masa nak letak dlm cupcake tu terasa nak campur dua2 perisa. so letak perisa choc dulu. pastu masukkan jem kt dalam tu. baru top kan dgn strawberry. masalahnya aku terletak penuh satu cup sbb acuan banyak tp cup tak cukup. So bila letak dlm oven dia melimpah ruah. Failed habis.pastu aku meroyan pulak pkey acane nk buat ni. kembang pun tak cantik cupcakes tu. so last2 aku pegi potng atas tu ratakan sbb nak sapu topping choc nanti kan. hihihihi. sembunyi kehodohan dlm topping.








jahanam oven mama aku buat




nak buat topping sangat simple sampai buat tutup hidung mata pun boleh. masuk butter, susu pekat and serbuk koko. siap tp aku nak cairkan sikit so aku letak susu fresh milk dutch lady sikit. so siaplah dan sapu cantik2 atas cupcakes tu *bajet cantik*





lastly buat aising. festime buat ni. rupanya senang je. pukul butter pada kelajuan maksimum sampai jd warna putih. masukkan gula aising diayak tp aku pegi masuk gula kastor malas nk ayak janji keturunan gula. pastu kacau je sambil masuk esen vanilla and pewarna pink. and bila aku rasa benda tu mmg berjaya sbb aku rasa aising mcm atas kek tu dan aku tak suka sbb aku mmg tak suka aising. hehe. cuma slack dia gula tak hancur je. tulah org suruh pakai gula aising degil. so siap finally within 5 hours JE. AJE okayyyyy. hiks.

so nil ah hasilnya. nampak tak tulisan tu? WELCOME BACK. poyo en? hihihi. aku memang poyo. and mama kata sedap boleh jual. takat nak buat muffin bape keeping tu sampai 5 jam lingkup lah bisnes muffin aku ni.




gambar welcome back hilang. tengok w cukup lah

k gambar hiasan. jari tengah dgn jari manis melecur sbb oven yg panas. aku 10 kali baking pakai oven, 10 kali lah melecur gara2 tak pernah igt yg oven tu panas.



gambar hiasan kedua barang2 mama, nenek, ngah lia beli utk haku. suka suka suka. lagi2 ngah lia bagi kamera dia. tak jadi kumpul duit beli kamera. hiks.



salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~