"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

17 December 2013

sushi acah kimbab


aku pun tak tahu nak namakan meatang ni sushi ke kimbab. hohaha. janji ada rasa dia. well, I loveeeee sushi so much lagi2 yang ebiko ntah ape namenye. telur ikan oren cenonet tu. sedap hokayyy. yums! ari tu beli 4 sushi tu dah 8 hengget. cekik darah ouh sushi ni. so iolls pun buat lah sushi ni, kimbab sebenarnya. aku tak tahu apa beda sushi ngn kimbab ni. tp bg aku, aku buat kimbab sbb inti dia banyak sekali aku buat.

first, pegi shopping seaweed dgn tuna dulu. yg lain cukup dah. so first sekali masak nasi lembik sbb aku takde beras sushi. taruk air lebih maka lembik lah nasi jadi nya. then buat lah bahan2, seperti goreng telur, rebus sosej ketam dan ayam, hiris timun dan gaulkan tuna dan sedikit mayonis.

dh masak nasi tu, buat air campuran cuka, gula dan garam. kacau dlm nasi tu smpai ada rasa nasi sushi and siap. tadaaa. salah satu aku eksaited nk buat sushi ni sbb baru beli tikar nak menggulung sushi tu walaupun cara aku pakai cm pelik. cm tak betul je. lantaklah. taruk nasi atas seaweed, penyekkan, hujung tu jgn letak nasi sbb nty nk gulung. pastu letak lah lauk2 kita ada tu then gulunglah dgn alat bantuan tikar tu. hujung tu aku basahkan dgn air agar dia mudah melekat and tadaaa. hiris2 and masuk dlm peti ais kasi sejuk then eat it.

tp aku nk bg satu petua. jangan buat banyak sekaligus. aku buat 9 gulungan terus. gila lah. tak tahan mana dlm peti ais tu. 3 hari nk habiskan 9 gulungan? ending dia terpaksa buang tp masa tu tinggal sikit. tak smpai 1 gulungan pun. tp masa tu takde mood dh nk makan sushi. yg sedap nya aku makan sushi cicah kicap. aku tak reti buat wasabi. kicap sushi pun mana ada tp aku tahu rasa dia masin yg amat and cair dr kicap biasa. so aku yg kreatif ni letak garam, air sikit and kicap. and sedap pulak dicicah sushi itu. haha. selamat mencuba!

potong panjang2

campuran cuka gula garam

seaweed. nadi sushi

beras lembik

letak sebegitu rupa dan gulung

siap! tapi tak bulatttt :(


potongggggggg

simpan






salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~