"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

25 November 2013

meet my cat, cikpon


saje je nk letak. nama dia cikpon. kalau ada anak, dia jadi puanpon kot. dia ada bf. bf dia warna hitam. tak cantik. kihkih. tp cikpon tak kesah semua itu. aku kisah. bhahaha.

"EH EH. KOTAK NI ADA LUBANG TINGKAP LAH!"

"MEH NAK USHA SIKIT TINGKAP NI"

"EH EH, MANA KEPALA GUE NI?"

gambar seterusnya meunjukkan cikpon telah pun berjaya keluar dari kotak menggunakan tingkap. nampak tak cikpon dah keluar tu? sape tak nampak pendek umur. ayokkk.

salam sayang,

chocolate cake tak berapa moist


okay, kita bertemu kembali dalam rancangan masak masak kuali. haa kau. merepek tak merepek. mood memasak aku ari ni dashyat sangat. habis aku masak paprik, habis lunch. aku teruskan dgn perjuangan aku buat moist chocolate cake. yg hasil dia tak moist sangat. resipi ni pun korg search sendiri. aku guna dr blog namee roslan. tp dia kukus. aku bakar dlm oven. kukus complicated sangat.

so check bahan2 semua ada kecuali serbuk koko. aku kena beli 3 bekas serbuk koko sbb dia jual sikit2. habis semua koko aku guna masak sekali ngn topping. buat cake ni pun ada cerita dia. bab ayak tepung tu okay je. bab pukul telur pun pass. sbb aku suruh kakcik buat. bab nak buat chocolate punya acuan tu susah. sbb resepi aku dpt kena masak atas api yg kecik. masalahnya bila aku masuk gula perang tu, dia mencair mengeras bila panas sbb takde cecair kan. so aku kena buang. gula perang pulang tak cukup. aku gi tampung separuh dgn gula kastor. pendek kata, kesilapan aku, campur dulu semua susu koko gula minyak masak dulu baru letak atas api. paham?

so aku letak gambar jugaklah. bace caption2 tu cukuplah. aku buat tadi dh lah pakai tshirt putih. bertukar coklat. dasar comot. mama dh makan. mama kata okaylah. angah ckp sedap. tp aku setuju ngn mama, kalau aku tak buat topping mmg jadi tak seindah rupa. haha. bab letak topping tu bagi aku susah. sbb kek aku tu mcm bukit. tinggi kt tengah. comot habis. nk taruk choco rice pun susah. nak bergoleh jatuh je. tp seriously. ni first time aku bake a cake, after ritu first time bake cookies. im a lady now. bhahahaha. kbai.


ada tepung, acuan choc, and telur

masukkan telur dlm acuan choc dulu

baru letak tepung

masukkan dlm loyang

siap! membukit en?

 
dan jugak merekah di atas.

letakkan topping

tabur choc rice. selamat memotong


salam sayang,

resepi paprik ayam


semalam cekidaut resipi2. pastu rindu pulak nk makan paprik en. terpaksalah masak sendiri en. pastu cek peti ais memang haprak. sayur satu takde! hero dlm paprik pun takde iaitu daun limau purut. haihlaa. nasib si ayam dah ada. so kena lah pegi kedai beli.

nak dijadikan cerita, first pegi everrise depan rumah je. beli sayur kacang panjang, carrot dengan jagung muda. cari2 daun limau purut takde. pegi kedai sayur kedua dan ketiga pun takde jual daunt u. mmg dh down lah. kakcik pun dh bebel. blablabla. igt dia je ada baran? cish. pastu kakcik bawak pegi cold storage. pun takde. rasa nk bunuh diri dah tu. last2 igt kakcik dah berputus asa. sebenarnya aku pun dh putus asa. tp kakcik bawak pegi market kelima. KELIMA OKAY. sebab nak cari DAUN LIMAU PURUT. kakcik bawak pegi choice premiere. pastu aku carik2. smpai hujung jumpa kotak jual daun dlm paket. tp tak dilabel. ada sat utu daun kari sbb bau kari. aku ni takdelah taktau rupa daun limau purut ni, last jumpa masa aku habis spm. aku igt2 lupa lah. tp kalau cium bau aku igt. masalah nya, daun tu dlm plastik. bau dia tak terkeluar. malu tak malu, terpaksa tanya pekerja sana tu daun apa. haha. fail. pastu dia kata tu daun limau purut. Alhamdulillah jumpa jugak. so aku takdelah nak menyalin resipi kt sini. tajuk tu acah je. nak sgt masak, boleh type kt google lah. okay? aku just nk post gambar2 je :) selamat menonton. next is chocolate cake!

potong2 sayur

potong ayam kecik kecik

tumis bwg merah, putih, halia and cili padi.

masuk sos tiram jadah2 semua sampai mendidih. masuk serai and hero, daun limau purut.

masuk ayam and sayur. ayam tu dh goreng sikit awal td

and siap. tutup api.

and selamat menjamu selera :)


salam sayang,

20 November 2013

the birth of a family


yoon jae - soo jung - ye ri - jin hee - soo ho *ji hoon takde. sobs*


eksaited sangat aku nak tulis entry pasal cerita ni. ni drama korea dekat channel one or tekan 393 dekat remote control anda. start pukul 10.10 mlm smpai 11.50. dia balun 2 episod terus. dari hari isnin smpai jumaat. cerita ni dah nk habis dah. isnin depan habis. 26 nov ni nak start drama lain pulak. cerita ni sebenarnya episode beratus. tp aku tak layan dr awal. ni pun mama yg asyik tukar channel ni maka aku pun terbiasa tengok jugak. aku mula2 tgk tak layan jugak. tp sejak 2 minggu lepas aku jd addicted dgn drama ni. drama ni mmg best. at least tak cliché macam drama melayu sekarang yg semua penerbit dah malas nak piker. sbb tu semua pakat amek dr novel je sekarang. bhahaha. aku mengutuk. k stop.

cerita ni mmg penuh rencah lah. kisah family, cinta semua ada. family yg kucar kacir, terlalu manja kan anak smpai yeri jd melampau but at one turning point, yeri akan berubah dan terima soojung as kakak tiri dia jugak. kisah puan ma sakit ketumbuhan otak tp sanggup tak jalani pembedahan sbb taknak risaukan anak2. kisah pengorbanan seorang kakak dengan adik tiri dgn adik angkat. paling menarik pasal percintaan soojung. dia cintakan encik han tapi dia kesiankan yoonjae yg banyak berkorban utk dia, so dia putuskan hubungan dgn encik han and pilh yoonjae. masa tu aku mmg alah soojung ni, encik han lg hensem kot. tp bila tgk main cast cerita ni mmg yoonjae so aku assume, mmg akan berkahwinlah dorg ending nanti. biasalah kan mcm cerita melayu, hero heroin mesti menyatu pulak. mmg frust aku nk tgk kesudahan nanti.

tapi mama bagi idea menarik kat aku. mama pegi tengok guide, info sinopsis setiap episode. so aku pun dah tahu lah serba sikit ending cerita ni. yeay. walaupun tak berapa nk surprise tp aku lagi suka. kalau aku baca novel pun, aku tgk ending jugak. haha. ape yg membahagiakan aku yoonjae break up dgn soojung so that soo jung dpt pilih encik han. how sweet kan? so aku mcm bahagia je tgk sekarang sbb aku tahu at last dia pilih encik han jugak. dah lah hensem. bhahahaha. ending dia semua bahagia lah tp aku agak mcm puan ma akan mati je. macam lah. ntah kita tgk ending jelah isnin depan.

aku nk tulis entry sbb smalam aku buat rekod menangis tgk cerita ni dua2 episod ni. sampai kantoi dgn mama. malu eden. haha. memang sedih ouh part semalam. episode dh nak kemucak kan, semua pun sedih. sebelum kegembiraan menyusul. dahlah cerita before tu the strange housekeeper aku menangis jugak. berturut menangis. aku rasa memang nk kena ajar diri sendiri ni. aku rasa aku tak boleh tgk org menangis, sbb aku akan menangis sekali. poor me. okay tu jela cerita aku kali ni.

salam sayang, 

14 November 2013

just for sharing


ritu aku layan cerekarama tv3, cerita karma abah. tahu kan? tp this sharing is not about the story. aku kalau cerita kang berjela. belum cerita part sedih dia lagi. aku nk kena settle down dgn emosi aku japgi. sikit2 nk menangis padahal cerita tak sedih mana pun.

ending cerita tu mmg bkn happy ending. sbb dia jadi gila sbb balasan kat atas isteri dia. itu yg nama dia karma. dlm islam, we call it qada and qadar right? well, semua tahu kalau kita buat salah, Allah nk tunjuk kejap je. but what most important bila dia bagi 2 ayat alQuran for us to ponder. meh aku kongsikan.

‘Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. yang mereka ikuti hanya persangkaan belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan.’
[alAn’am:116]

‘maka setelah mereka bersikap sombong terhadap segala apa yg dilarang. Kami katakan kepada mereka, “jadilah kamu kera yang hina.”’
[alA’raf:166]

paham ke? aku taklah nk cakap paham 100 persen. tp kalau tgk cerita tu, boleh reflekskan balik and you’ll understand this ayah. senang cerita aku ckp camnilah, kalau kau bertuhankan manusia dan membelakangkan Allah confirm kau sesat. bukan kemungkinan tp confirm! kenapa nk ikut manusia sedangkan jelas Allah dah kata ayat 116 surah keenam tu? manusia hanya tahu membuat kebohongan. kenapa nk ikut org yg tak boleh dipercayai sedangkan Allah tu ada untuk dipercayai? ask yourself. the 2nd ayah semua tahu. kalau sombong dgn apa yg Allah larang. makin nak buat benda yg dilarang, maka sama taraflah dgn kira yg dihinakan. so, nk jadi kera yg hina? ask yourself.

 salam sayang,

11 November 2013

kampung budaya sarawak


haa, kali ni entry khas pasal kampung budaya je. before ni aku cerita sikit je kannn? kali ni aku nk cerita bebetul. before aku pegi aritu, aku penah pegi 2 kali tak silap. sekali masa kecikkkkkkkkkkkk dulu masa zaman abu bakar ela yg buat persembahan. tahu siapa dia? google je lahh. sekali lagi masa darjah 6. so pendek kata most of aku dah lupa. sehingga lah pergi hari tuuu. so lets begin.

*aku panggil kg budaya ni kb je boleh tak? bkn kota bharu tau*

okay, kb ni terletak di santubong. perjalanan dari kuching dalam sejam je. akan melalui gunung santubong. tahu kisah puteri santubong dengan puteri sejinjang? aku tahu dah, aku pakar cerita ni tapi malas nk cerita. haha aku serba serbi pun malas. search sendiri. then akan lalu hotel santubong resort. pastu jumpa bulatan hujung jalan, dimana akan nampak damai beach resort jugak, drive dalam lagii maka nampak lah kb tu. dah ada tempat parking dah siap bayar lagi sekali parking. 2 hengget ke 3 hengget. lupa eden.

bayaran nak masuk untuk orang selain org sarawak adalah rm60. tp bagi org sarawak sila tunjuk ic sarawak eh bayar rm25. paling beruntung adalah student tak kisah semenanjung or sarawak sbb kena bayar rm15 je. so peringatan aku sesiapa, bawaklah student card, takpun kad siswa. bayangkan ktorg pegi 5 org ritu, 4 org semua bayar 15 sorg tp sorg ni tak bawak kad student maka dia kena bayar 60. so kesian. tp aku agak worth ah. dapat passport untuk amek cop setiap rumah. haha. then dia bagi sticker lekat kat baju maksudnya halal untuk masuk dah. masuk2 je ada teater sebelah kanan. ada persembahan pukul 11.30 dan 4.30 ptg setiap hari. so nasihat aku pandai2 lah adjust timing. sbb aku dtg pukul 10.00 tu pusing2 rumah selama 1 jam 30 minit. tak sempat masuk 3 buah rumah sbb penat dan nk kejar persembahan. sekadar masuk nk amek cop je.

so first thing, boleh start jalan dari jambatan buluh tu. aku panggil jambatan legend. mana tak nya, dari aku kecik pakai jambatan tu. tebal dia 2 batang buluh. memang korg akan eksaited kalau first time lalu. so then nampak rumah bidayuh yang panjang. masuk lah anda melawat rumah bidayuh tu. lepas tu akan nampak rumah iban pulak. rumah pjg iban ni setahu aku setiap bilik tu satu family tinggal and ada koridor yg sangat besar utk dorg lepak sesame family lain2. aku paling suka tangga dia je. tangga setebal batang pokok kelapa je aku rasa tp aku tk tau lah dia pakai pokok apa. then jalan2 jumpa rumah kecik, rumah kaum penan. bestnya kat sini kita dapat try menyumpit. 3 peluru sengget je. ktorg berlima try. jgn takut, walaupun sumpit yg sama tp dia spray pembasmi kuman dulu. first time tiup aku pun semput der. haha.















next jalan2 lagi jumpa rumah feveret aku iaitu rumah melanau. aku suka sebab rumah tu tinggi sangat, tangga pun tinggi. tak silap aku, rumah melanau tinggi2 sbb kawasan dorg tu selalu berlaku banjir. bawah tu ada buluh yang utk permainan kaki tu. aku tahu main. ecececeh *bangga* haha. so masa tu aku tak naik pun. ktorg gi main buluh tu. yg tukang pegang buluh tu aku dgn anna. yang syok dok main angah, wan dgn idris. walaupun first time dorg try tp dorg hebat gak main. cepat tangkap. dah puas main, bergerak lah kami ke rumah kaum melayu. rumah dia sama je lah macam rumah melayu yg kampung2 punya style. cantik lah. ntah wujud lagi ke dak rumah tradisional melayu tu lagi. paling aku suka kat rumah melayu kt bawah tu ada buaian yg 5 org boleh muat sekali. panjang. rumah tu kalau nk masuk kena bukak kasut. well, melayu kan. rumah tu pun aku tk sempat masuk, wan je yg masuk sekadar nk amek cop. last rumah adalah rumah cina sarawak. tu lagi lah, takat lalu je. tk jejak. masa tu dah 11.30. terus pegi masuk teater. nasib ada tempat duduk.





persembahan pun bermula dgn tarian selamat datang. lepas tu kaum iban. boleh lah tgk pakaian tradisional dorg tu kan. pastu ada dorg gigit kayu berat and keris. next tarian kaum mulu tak silap. ke bidayuh weh? lupa derr. haha. paling aku igt lepastu tarian melanau. bak kata dorg, persembahan tu masa kematian utk cheer up mereka2 yg bersedih. aku suka ah persembahan ni. sbb dia main buluh tu. ada lelaki panjat buluh tinggi and meniarap, perut dia je atas buluh tu then pusing2 atas buluh tu. lepas tu persembahan paling aku suka, tarian org ulu. masa ni dah takde masa nk tgk tarian perempuan dia sbb lelaki punya tarian attractive sangat. menyumpit. dia sumpit belon. pastu dia panggil sorg penonton suruh sumpit. masa tu lah kelakar sangat. dorg mcm buat silent comedy. tak boleh nk describe mcm mana sbb korg mmg kena datang sendiri and trust me, korg mmg akan gelak punya. dah lah penyumpit tu hensem. aku dh buat uji kaji semua ckp penyumpit tu hensem. so conclusion aku penyumpit tu org yg sama in setiap persembahan. nk tgk hensem mana, masuk ah sendiri. last sekali tarian joget org melayu. pastu dorg panggil penonton naik menari sekali. maka menarilah kamu semua ye.








habis. tu je lah. dah boleh balik. persembahan tu paling menarik. kalau korg takat masuk tgk rumah je tak puas. kena tgk persembahan baru menarik. aku plan nk pegi dgn kakcik pulak lepas dia dh habis exam nanti. kali ni aku nk start dgn rumah cina pulak lah. so aku dh letak gambar2 tu. sila enjoy gambar aku tu. haha. k tu jelah. penat dah tangan aku ni so babai. thanks baca!

salam sayang,