"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

23 September 2012

for my future yang disana,

untuk bakal jodoh saya,
saya selalu teringat kat awak. entah bila kita akan berjumpa? bila agaknya kita tersempak? kat mana eh? mcm mana pulak kita boleh kenal? awak tahu, pelbagai soalan mengasak di minda saya bertanya tentang awak. ape nama awak, adekah nama awak bermula dari huruf a? ke s mcm nama saya? berapa pulak beza umur kita? family awak mcm mana? saya teringin nak kenal rapat dengan family awak so that kita akan bahagia hidup bersama. awak kerja apa eh? banyak kan soalan saya.
awak, ape agaknya awak tengah buat sekarang? awak bangun tak solat tahajud pukul 3 pagi nie? solat awak cukup? solat kan tiang, kalau tk cukup, nanti runtuh tiang untuk masjid yang kita bina kelak. awak dengan mak ayah awak rapat tak? awak tahu tak yang saya selalu fikir pasal awak. saya fikir segalanya tentang awak. awak suka makan apa eh? saya retilah memasak tapi mungkin tak sepandai mak awak. tapi saya harap awak akan suka dengan masakan saya bila awak rasa nanti. awak suka makan belacan? saya tak retilah awak. tapi kalau awak suka, saya akan belajar memasak demi awak.
awak kerja apa agaknya eh? saya harap kerja awak takkan menyebabkan awak mengabaikan saya. nanti awak nak kasi saya kerja tak? ikut suka awak lah. kalau awak kasi, saya okay je. tapi kalau awak suruh saya jadi suri rumah kot, insyaAllah saya akan redha. syurga saya kan di bawah tapak kaki awak. saya taknak masuk neraka sebab menderhakai awak. saya akan mengikut kata kata awak jika itu yang terbaik untuk saya, kita. semoga Allah akan tetapkan hati kita bersama selamanya sehingga ke akhirat sana.
awak, saya nak bagitau nie, saya tak lah cantik mana macam kawan2 perempuan awak. saya tak reti nak menyeksi bagai macam anak muda sekarang. tapi nak kata alim, tak jugak. saya masih ada banyak benda nak perbaiki. sebab tu saya perlukan awak. saya perlukan awak untuk bimbing saya, pimpin kehidupan saya, menjadi imam dalam dunia saya dan laluan saya untuk masuk ke syurga. awak ubahlah diri saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak. saya masih banyak kekurangan diri dalam diri saya. awak marahlah saya jika itu boleh menjadikan saya sebagai mithali.

saya nak awak tahu ni, saya tak perlukan awak yang mempunyai rupa paras menawan andai itu akan berubah di mamah usia tetapi saya perlukan kekacakan hati awak yang tidak pernah berbelah bahagi untuk jujur dan ikhlas kepada saya. saya tak perlukan kekayaan harta benda sebuah banglo di bukit antarabangsa andai itu bukan yang menjadi tiket ke syurga tetapi saya perlukan kekayaan iman awak yang akan membawa saya ke syurha hakiki. saya tak perlukan awak yang berpangkat andai itu bukan menjadi ukuran yang utama di akhirat kelak. cukuplah awak biasa2 sahaja untuk menjadi pelindung diri saya.
awak, kalau awak rasa sayalah jodoh yang awak cari, awak buatlah istikharah, awak mohonlah pada Allah jika benar saya ini jawapan kepada tulang rusuk awak yang hilang itu.jika benar itu saya dan jika benar awak sudah bersedia mengambil alih tanggungjawab papa saya, awak masuklah meminang saya. awak jangan mintak saya couple dengan awak tau sebab ikatan yang sah itu sesungguhnya lagi mulia disisi Yang Maha Esa. saya taknak masuk neraka, saya pun taknak awak masuk neraka. marilah kita sama sama mencari keredhaan Allah. tapi kot ye pun, awak tunggu lah saya matang sikit. saya baru 18 wak, muda lagi nie. masih banyak yang perlu saya kecapi untuk family saya.


buat jodoh saya, saya akan tunggu awak jika awak memang benar jodoh yang Allah tetapkan di loh mahfuz. saya tidur dulu eh. selamat malam awak. assalamualaikum.
salam sayang from your future too,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~