"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

02 September 2012

diari syawal shasya.

kalau rafique ada diari ramadan, sya pun nk ada diari jugak :) teehee. sya nk cerita pasal ramadan sya yg bertempat di kuching, sarawak. tempat tumpah darah yang mengalir okay!
so jom layan cerita diari ini.

sehari sebelum raya : 
sya dengan family pun bertolak ke kpg kat asajaya lepas asar. masa smpai kpg tu, dah ramai gak yg dh sampai, paksu sekeluarga, dak dot sekeluarga. hari tu kami berbuka puasa sama for the last one with nenek but without atok for the first time :'(
malam tu, solat isyak berjemaah kt masjid, dorg bertakbir. sayu :'/ lepas tu, kanak2 riang pun bermain bunga api dengan jagaan org dewasa. sya main 2 bunga api, lepas gian jap. yg dewasanya pulak busy di dapur, masak juadah, isi biskut dalam balang, pasang carpet apa semua.

raya pertama ; 1 syawal :
bangun. mama kejut subuh suruh pegi masjid tp sya dengar dorg dah start solat so sya pun solat kt rumah je. pastu semua beratur nk mandi ready nk pegi solat sunat raya pkul 8.30 pg. before tu, we had the breakfast. ada soto, rendang, lemang dll walaupun rasa pelik sebab dah sebulan puasa. 8.30 tu rumah dh kosong, semua penghuni pegi solat raya kecuali kak tina, dan 2 baby ; ayien and ikmal. and first time jugak imam solat raya bukan atok. this year was a changed for us! balik solat, hantar makanan kt masjud, ada makan2. selalu tahun2 lalu, lepas balik makan kt masjid ktorg akn bermaafan and take a picture but this year ada lainnya. kami bergegas ke kubur atok. baca yaasin utk atok, wa maryam, moyang and semua saudara kat situ. semua sedih sbb kali nie raya without atok, hanya kubur yg kami lawati!
balik tu, dah tengah hari. penat, ada yg tdo, ada yg mandi sebab panas eh, bukan sbb tk mandi. lepas zohor baru ktorg start bermaafan and ambik gambar. then lawat rumah saudara mara. lepas maghrib, beraya dekat kpg tambirat pulak. malam tu sampailah rumah di kuching. so tired that day!












raya kedua ; 2 syawal :
hari nie breakfast makanan bwak dr kmpung. ada rendang, kari daging, kelupis, nasi beriani. pukul 10 lebih, ktorg bersiap pegi melawat rumah saudara yg ada kt kuching. nk senaraikan pun tk igt. tapi tu mcm adik beradik atuk yg tinggal kt kuching. ada kisah disebaliknya yg mama cerita :) ada masa sya cerita eh. petang tu ktorg dah balik dah. kejap je tp tu pun penat kot. raya ketiga, ktorg tk pegi memana pun.


raya keempat ; 4 syawal :
hari nie ada 2 open house. satu kt rumah maksu and rumah kawan mama, uncle is. yg tu mmg betul ktorg pegi 2 rumah tu je. then balik lah. kenyang gilaa wa cakap lu. balik tu terus tido. haha. mcm hape je penatnyaa. 

raya kelima ; 5 syawal :
hari nie, mama mmg tknak pegi mana2 pun sbbnya hari nie hari preparation for open house esok mama nk buat. rumah ktorg nie mmg tkde org nk dtg beraya sesaje sbb mmg org2 yg ramai tu akan dtg masa open house. esok lah. confirm esok akan jd hari yg sgt memenatkan! tgklah esok mcm mane eh :) 

raya keenam ; 6 syawal :
hari yang ditunggu2 telah tiba. jyeahh. its my open house babe. mai datang mai datang. ramai gilaa yg dtg padahal jemput ramai ke eh? tk igt pulak. mama masak 3 jenis masakan iaitu spaghetti, laksa penang and nasi beriani with kambing and ayam masak merah. sedap wa cakap lu sampaikan makanan tu habis licin! selalunya tahun lalu lalu, mesti ada lebih utk ktorg mkn esoknya tp this time mana ada dah. tinggal laksa penang je. ayam masak merah sya pun habis T.T.

raya ketujuh ; 7 syawal :
hari nie ada kenduri kahwin kazen mama. kira mak saudara sya lah kan? tema hijau eh. yg paling best ada belon yg diisi dgn gas helium. terputus tali, terbang ke atas lah gamaknya and belon meja sya lah tu terbang ke atas. HAHA

raya kelapan ; 8 syawal :
pepagi tu mama bwak pegi boulevard beli barang. tk bnyak pun sya borong sbb nya nk naik flight kan. bukannya tk boleh beli kt sini pun. haha. then ptg tu, ktorg hantar syammir balek skolah dia. first time kot sya masuk sekolah sains kuching tu. selama nie igt kat samariang rupanya salah tempat. kt mana ntah skolah tu. namanya budak kuching. sya nie pun. hehe

raya kesembilan ; 9 syawal :
hari yang ditunggu telah tiba. flight at 2.25 pm. sedih kot nk kena balik uia dah. tp 2 bulan blek srawak balek. ini bukan zaman sekolah lagi shasya oi. rasa nk blek? blek je lah. and hari tu tibalah sya kt mahallah khadijah kesayangan nie :) Alhamdulillah
pendek kata, raya tahun nie tk meriah mana pun. rasa mcm sya raya masa spm tahun lepas lg meriah. hehe. whatever it is, janji dpt melawat saudara mara kan. now tga counting days nk blek melaka jumpa along cuti hari malaysia nanti. yeay yeay. sekarang masih mengikuti pembelajaran uia seperti biasa dgn lebih tough lagi. and plus more dlm proses nk puasa enam. insyaAllah. tu je lah diari sya yg boleh dilaporkan buat masa nie, so stay cute guys!

salam sayang,

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~