"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui." [29:64]

28 June 2012

Word for today #2


 

17 jun 2012 (happy father’s day papa)

Lama tk buat entry pasal selamat hari bapa word for today. Nie yg kedua punya. Yg pertama apa ehh? Korek balik shasya punya entry lahh. Guna kapal korek pun blehh. Hehe. Untung dpt emas sapa tahu? Okay, jangan merepek lah cik shasya -.- the word for today. Jeng jeng jeng *bunyi drum* :

Hidayah Allah boleh dapat dimana-mana.

Bnyak nk kena explain nie kot ada yg kata shasya sesat. Hehehe. insyaAllah tak mau sesat. So kalau ada salah sila perbetulkan ehh. Okay, as we all know, hidayah Allah tk dtg bergolek atau melayang ke kita. Tidak juga if kita baling piring terbang *frisbee*, hidayah akan datang. Tidak juga jika menggunakan siulan ala ala burung gagak. Jangan kata nk cari kawan nama hidayah. Itu lawak di takuk lama -___________-“ Kita sendiri yg mencari hidayah nie sebenarnya. Kita kena berusaha mencari hidayah Allah. Mcm mana nk carik? Doa saja tk cukup. Shasya tk arif sgt nk bercakap tp bg pendapat shasya, kalau kita asyik buat larangan Allah dan mintak hidayah. Memey tk dpt lah. Kena lah berusaha sikit kak oii. Kita kena selalu buat benda baik.  Istiqamah dlm setiap perkara baik yg dilakukan. insyaAllah Allah bagi hidayah. Kita kena tahu jugak hidayah tu milik Allah dan sesenang nya Allah boleh tarik nikmat itu. So jaga lah hidayah sebaik mungkin. Shasya masih lagi memburu hidayah dan sedang berubah ke arah yg lebih baik. Doakan shasya eh.

Panjang tk explanation atas tu? Hehe. Tu baru mukadimah eh. Tk sentuh lagi bab word atas tu. Meh shasya nk cerita kenapa word tu boleh tercipta dari kepala otak yg comel ini. Ada seorang hamba Allah nie dia telah mendapat hidayah Allah walaupun belajar di u biasa yg bukannya islamik. Sedangkan seorang lagi hamba Allah nie masih mencari arah tujuan di atas muka bumi ini kerana dia belum mendapat hidayah. Usaha ke tidak, tu terpulang pada diri dia sendiri sbb shasya hanya nmpak luaran je. Walaupun dia study kat uia (cfs iium eh), tp dia masih belum mendapat hidayah Allah walaupun latar u nie sangat baik. Pengaruh islamic yg sgt kuat. Dpt tangkap tk nie? Kesimpulannya shasya nk ckp, jangan kita fikir u islamic, semua org dlm tu confirm dp hidayah Allah. Kat mana-mana pun boleh dpt. Tk perlu tnggu nk smpai ke skolah madrasah baru nk insaf. Sama juga di kelab malam. Boleh je dpt hidayah. Contohnya anda lihat kawan anda tetiba mati sebab minum arak ke hapa, then anda terus jadi insaf dan bertaubat. See then? Tk perlu menunggu ke masjid or mana-mana untuk mencari hidayah Allah. Kun fayakun kata Allah, maka jadilah. Just berusaha dan terus berdoa agar kita di kalangan hamba-hamba yg diberi hidayah oleh Allah. Aminnn.

0 Criticism:

Post a Comment

Tak puas hati? Nak lepas geram? Ledidgo here~